HomePolitik'Tebuk atap' akan jejaskan usaha kerajaan pulih ekonomi, fokus pembangunan

‘Tebuk atap’ akan jejaskan usaha kerajaan pulih ekonomi, fokus pembangunan

Read Time:1 Minute, 42 Second

Putatan : Semua gerakan politik termasuk cubaan ‘tebuk atap’ atau sebarang tindakan yang boleh menggugat kestabilan negeri dan negara secara keseluruhannya perlu diketepikan sepenuhnya.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, gerakan seumpama itu disifatkan sebagai satu perkara yang akan menjejaskan usaha Kerajaan ke arah memulihkan ekonomi dan tumpuan kepada pembangunan.

“Cerita politik, sama ada gerakan ‘tebuk atap’, ‘pintu belakang’, ‘pintu siring (tepi)’ atau apa saja, semua itu kita ketepikan dahulu.

“Kita fokus kepada pembangunan ekonomi dan kalau dari sudut kementerian saya, kita fokus kepada penambahbaikan infrastuktur asas negeri Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis apresiasi atlet Sukan Sabah (SAGA) yang mewakili daerah Putatan, di sini, hari ini.

Shahelmey yang juga Menteri Kerja Raya Sabah mengulas khabar angin berhubung cubaan pihak tertentu untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan melalui sokongan gabungan parti politik di Sabah dan Sarawak.

Katanya, sebagai sebahagian daripada pemimpin kerajaan negeri, beliau bersetuju terhadap penekanan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) selaku parti tunjang dalam kerajaan negeri ketika ini untuk menumpukan pembangunan ekonomi.

“Saya tiada apa perkembangan mengenai perkara itu (cubaan menukar kerajaan), kita dengar saja kenyataan yang dibuat Setiausaha GRS, Datuk Masidi Manjun yang menyatakan kita di Sabah sekarang ini fokus kepada usaha pembangunan ekonomi,” katanya.

Dalam pada itu, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, para pemimpin seharusnya memberikan fokus kepada pembangunan serta tuntutan hak Sabah dan bukannya ‘tebuk atap’.

Beliau yang juga Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) berkata, dalam hal ini kestabilan politik amat penting.

“Fokus kita seharusnya kepada pembangunan ekonomi dan infrastruktur di Sabah, hal-hal tertunggak dan tuntutan-tuntutan pembangunan.

“Hal ini memerlukan kestabilan politik, kalau politik tidak stabil, bagaimana kita menuntut hak Sabah dalam persekutuan Malaysia? Sebab itu saya memilih untuk mendukung Ketua Menteri daripada memberi sokongan kepada usaha untuk menggantikan beliau pada tempat dan masa yang tidak sesuai.

“Oleh itu, saya ingin mengajak kepada semua pimpinan Sabah supaya memberi fokus kepada perkara-perkara yang betul,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Ramah Mesra dan Rumah Terbuka Krismasnya, di Dewan Pusat Kebudayaan Sabah, di sini, semalam. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Tiada kompromi 40 peratus, pertahankan hak perlembagaan Negeri Sabah – Hajiji

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular