HomeIsu tempatanBanjir : Satu PPS ditutup di Sandakan, dua lagi PPS masih dibuka...

Banjir : Satu PPS ditutup di Sandakan, dua lagi PPS masih dibuka di Paitan

Read Time:1 Minute, 1 Second

Kota Kinabalu : Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) yang telah dibuka di Masjid Nur Iman Kampung Sungai Memanjang Sandakan petang semalam berikutan kejadian banjir yang berlaku telah ditutup sepenuhnya hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Sandakan Henry Idol berkata, PPS yang sebelum ini menempatkan seramai 153 orang mangsa daripada 37 buah keluarga ditutup jam 7 malam tadi.

“Selaras dengan pandangan dan cadangan daripada jawatankuasa bencana daerah Sandakan, adalah dengan ini saya selaku pengerusi JPDB Sandakan mengisytiharkan bahawa PPS ini ditutup pada jam 7 malam hari ini.

“Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua jabatan dan agensi yang terlibat dalam pengurusan bencana di daerah ini.  Semoga kerjasama seperti ini sentiasa terjalin,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, seramai 30 mangsa dari 10 keluarga di daerah kecil Paitan masih ditempatkan di dua buah PPS selepas didapati trend semasa banjir menunjukkan peningkatan.

PPS yang di buka di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pamol menempatkan seramai enam mangsa dari tiga buah keluarga.

Manakala seramai 24 mangsa dari tujuh keluarga masih ditempatkan di PPS yang dibuka di Rumah JPKK Cocos.

Sehingga jam 8 malam tadi, trend semasa banjir menunjukkan peningkatan di daerah Pairan. – SABAH MEDIA / FOTO APM SABAH

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

PKK Biz @ Akademia catat lebih RM20,000 nilai jualan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular