HomeUtamaCOVID-19 : Industri pelancongan di Sabah tidak terjejas

COVID-19 : Industri pelancongan di Sabah tidak terjejas

Read Time:1 Minute, 7 Second

Kota Kinabalu : Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) Sabah memberi jaminan industri pelancongan di negeri ini tidak akan terjejas berikutan peningkatan kes COVID-19 sejak kebelakangan ini.

Menterinya, Datuk Christina Liew berkata, pihaknya juga akan terus memantau situasi penularan virus itu bagi menentukan tindakan yang perlu diambil.

“Kita memantau situasi COVID-19 dan berharap ancamannya dapat dikawal. Tapi, kita juga menasihatkan orang ramai supaya mengambil langkah berhati-hati, pakai pelitup muka jika berada di kawasan sesak.

“Begitu juga pelancong, mereka juga perlu mengambil langkah berhati-hati tapi setakat ini kita tidak perlu panik kerana keadaan COVID-19 adalah terkawal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program Karnival Kerjaya Parlimen Sepanggar, di sini, hari ini.

Karnival berkenaan disempurnakan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud.

Christina berkata demikian ketika diminta mengulas kesan peningkatan semula kes COVID-19 ketika ini terhadap industri pelancongan di Sabah selepas terjejas teruk selama kira-kira dua tahun akibat virus berkenaan sebelum ini.

Sabah merekodkan peningkatan mendadak kes positif COVID-19 bermula awal bulan ini hingga mencecah 356 peratus kepada 984 kes pada Minggu Epidemiologi (ME) 50 / 2023 berbanding 216 kes pada ME 49.

Dalam pada itu, sepanjang tahun ini, sektor pelancongan Sabah mencatat pertumbuhan yang memberangsangkan dengan kedatangan hampir dua juta pelancong sehingga bulan lalu berbanding 1.3 juta orang sepanjang tahun lalu. SABAH MEDIA / FOTO SABAH PARK

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular