HomeUtamaSPRM Tidak Pernah keluar Kenyataan Rasmi Yang Menuduh Tun Daim Lakukan Kesalahan

SPRM Tidak Pernah keluar Kenyataan Rasmi Yang Menuduh Tun Daim Lakukan Kesalahan

Read Time:1 Minute, 50 Second

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah membangkitkan atau mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi yang menuduh Tun Daim Zainuddin telah pun melakukan sebarang kesalahan.

SPRM berkata, siasatan ke atas Daim dilakukan menerusi kertas siasatan yang dibuka pada Februari 2023 berdasarkan maklumat daripada Kertas Pandora.

Tambahnya, pada 7 Jun 2023, satu Notis di bawah Seksyen 36(1)(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) telah diserahkan kepada Daim yang mengkehendaki beliau supaya mengisytiharkan segala aset miliknya sama ada di dalam dan luar negara secara bertulis dan akuan bersumpah dalam tempoh 30 hari daripada tarikh notis tersebut.

“Tun Abdul Daim telah memohon lanjutan tempoh sebanyak lima kali dan telah diberikan lanjutan pada 6 Julai 2023; 10 Ogos 2023; 11 September 2023; 11 Oktober 2023 dan yang terakhir pada 14 November 2023 untuk mengisytiharkan segala aset miliknya,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Suruhanjaya itu mdngeluarkan kenyataan tersebut bagi memperbetulkan fakta berhubung kenyataan Daim mengenai siasatan kes beliau yang telah menimbulkan kekeliruan dan salah faham kepada masyarakat umum.

Kelmarin, Daim menerusi satu kenyataan menafikan beliau dan keluarganya terbabit dalam rasuah atau sebarang salah laku dan mendakwa siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu adalah bermotifkan politikBekas Menteri Kewangan itu berkata, beliau akan mengambil tindakan undang-undang ke atas individu yang mendakwa dan mengaitkan dirinya dan keluarga memiliki kekayaan luar biasa dan perkara tersebut telah dibincangkan dengan peguamnya.

Daim turut mendakwa SPRM tidak pernah memaklumkan mengenai kesalahan yang didakwa dilakukannya atau keluarga beliau walapun persoalan itu pernah dibangkitkan secara bertulis kepada suruhanjaya tersebut.

Katanya, Daim disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009, dan Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

Bagaimanapun, tambah kenyataan itu, berdasarkan prinsip undang-undang ‘anggapan tidak bersalah’ (presumption of innocence), seseorang yang disiasat adalah dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan kesalahannya, dan individu terlibat mempunyai peluang untuk membersihkan namanya sekiranya kes ini dibicarakan di mahkamah.

“Perlu ditegaskan bahawa SPRM merupakan sebuah Suruhanjaya bebas yang bertindak secara profesional mengikut undang-undang dan peraturan yang ditetapkan, serta dipantau oleh lima badan pemantau bebas,” ujarnya.

Sehubungan itu, katanya, SPRM menggesa semua pihak untuk tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kes tersebut dan membenarkan siasatan diteruskan tanpa gangguan.

RELATED ARTICLES
Utama

Bakal jemaah haji Sabah perlu siapkan diri dari aspek mental, kekuatan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya