HomeUtamaTun Juhar terima kunjungan hormat Panglima Tentera Darat

Tun Juhar terima kunjungan hormat Panglima Tentera Darat

Read Time:33 Second

Kota Kinabalu : Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin semalam menerima kunjungan hormat Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan. 

Hafizuddeain mengadakan lawatan kerja rasmi ke Sabah bermula 27 Disember 2023 sehingga 1 Januari 2024. 

Beliau dilantik sebagai Panglima Tentera Darat berkuatkuasa 6 September lepas menggantikan Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman. 

Sebelum ini, Hafizuddeain pernah bertugas di Negeri Bawah Bayu selaku Panglima Briged Kelima Infantri Malaysia dan Panglima Divisyen Kelima Infantri Malaysia.

Turut menyertai kunjungan di Istana Seri Kinabalu tersebut ialah Panglima Medan Timur Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Mohd Sofi Md Lepi dan Panglima 5 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Malek Razak Sulaiman.

RELATED ARTICLES
Utama

22 rumah musnah dalam kebakaran di Batu 3 Sandakan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya