HomeUtamaKPDN tingkat penguatkuasaan, perangi seludup & seleweng diesel bersubsidi

KPDN tingkat penguatkuasaan, perangi seludup & seleweng diesel bersubsidi

Read Time:2 Minute, 23 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

PAPAR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan terus meningkatkan penguatkuasaan memerangi penyeludupan dan penyelewengan diesel bersubsidi.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, sejak bertahun isu subsidi ini, seperti di Tawau dan daerah lain masih terdapat kes penyeludupan dan penyelewengan diesel bersubsidi ini.

“Kita melihat masih ada penyeludupan, ketirisan dan penyelewengan diesel bersubsidi. Jadi 2024 adalah tahun penguatkuasaan bagi KPDN. Di Sabah ini kita ada cabaran iaitu sempadan lautan terlalu besar, jadi kita gerakkan pemantauan dan penguatkuasaan lebih agresif di sempadan.

“Justeru, pada tahun hadapan kami mahu bersungguh-sungguh memerangi penyeludupan dan penyelewengan minyak bersubsidi ini. Ini adalah satu bentuk sabotaj untuk kerajaan yang memberi subsidi dan perlindungan kepada orang yang memerlukannya.

“Saya menasihatkan kepada pihak yang tidak bertanggungjawab ini supaya berhenti melakukan aktiviti penyeludupan dan penyelewengan diesel ini, carilah bentuk rezeki lain yang lebih berkat,” tegasnya pada sidang media selepas merasmikan Program Fun Hike Keluarga Samat 2023 di Bukit Bendera di sini, hari ini.

Armizan berkata, kerajaan ada merintis fleet card Sistem Kawalan Diesel Subsidi (SKDS) 2.0 untuk mengelak berlakunya ketirisan subsidi diesel.

“Fleet card SKDS 2.0 untuk mengesan ke mana semua bahan api ini pergi. Hanya stesen di mana pelanggan yang mempunyai fleet card boleh mendapat subsidi.

“Fleet card ini kami reka untuk semenanjung Malaysia sebab ada subsidi bersasar yang akan dibuat tahun depan di mana pengangkutan darat, barangan dan pengangkutan awam masih ada sistem subsidi. Namun fleet card di Sabah perlukan cara kawalan khusus kerana Sabah belum lagi mula subsidi bersasar.

“Tetapi kami akan tampil dengan mekanisme lain untuk menghentikan ketirisan itu. Ada stesen minyak berkata mereka menghadapi masalah dengan sistem ini kerana internet yang teruk.

“Tiada alasan, kami mempunyai langkah pemantauan lain. Bagi yang ada sambungan internet mesti ada fleet card SKDS 2.0 ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, masalah kekurangan minyak diesel yang dibangkitkan di Sabah adalah disebabkan peningkatan keperluan musim-musim perayaan dan cuti sekolah.

“Isu kekurangan ini bukan semua stesen minyak sekarang. Contoh dalam satu daerah ada stesen yang buat catuan tapi lain stesen ada. Memang ada peningkatan keperluan dari segi jumlah keseluruhan dalam setahun di Sabah dan Sarawak.

“Ditambah lagi dengan hujung tahun musim cuti sekolah, perayaan dan sebagainya jadi penggunaan meningkat dan itu sebab beberapa stesen minyak yang menunggu kelulusan tambahan kuota, dan mereka hanya risau terputus bekalan sebab itu ada yg menghadkan penjualan diesel bersubsidi.

“Kami telah menyemak semalam dan menerima maklumat daripada beberapa stesen minyak seperti Petron, yang masih ada masalah namun mereka mempunyai stok dan mereka tidak memerlukan kuota tambahan buat masa ini,” jelas Armizan.

Dalam pada itu, Armizan turut memaklumkan pada tahun hadapan salah satu sasaran subsidi ini ialah diesel, tetapi Sabah dan Sarawak dikecualikan daripada penyasaran semula ini. Ia akan bermula di semenanjung dahulu.

“Ini adalah kerana Sabah dan Sarawak lebih banyak penggunaan dan kebergantungan kepada diesel ini,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Tiada kompromi 40 peratus, pertahankan hak perlembagaan Negeri Sabah – Hajiji

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular