HomeIsu tempatanMaritim Malaysia tahan bot nelayan tempatan lakukan pelbagai kesalahan 

Maritim Malaysia tahan bot nelayan tempatan lakukan pelbagai kesalahan 

Read Time:56 Second

Kota Kinabalu : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Labuan berjaya menahan sebuah bot nelayan tempatan yang disyaki melakukan pelbagai kesalahan di kedudukan lebih kurang 15 batu nautika Barat Laut Kuala Papar kira-kira jam 5.30 petang semalam.

Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi Che Engku Daik berkata, bot nelayan tempatan terbabit telah ditahan bersama lima orang kru termasuk tekong warganegara Indonesia.

“Bot berkenaan telah diperiksa oleh pegawai Maritim Malaysia dan didapati nama tekong dan kru tiada dalam lesen bot selain kesemua mereka memiliki salinan pengenalan diri yang meragukan.

“Kru bot tersebut disyaki melakukan kesalahan dibawah Akta Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 dan Akta Imigresen,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Suhaimi berkata, bot dan kru telah dibawa masuk ke jeti Maritim Malaysia, Sepanggar untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat bagi tindakan selanjutnya.

Katanya, Maritim Malaysia menasihatkan semua pengusaha bot nelayan  tempatan  untuk terus mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan dan tidak akan berkompromi kepada mana-mana pihak yang cuba menghalang kerja-kerja pegawai Maritim Malaysia dalam menguatkuasakan Undang-Undang Malaysia di laut. – SABAH MEDIA / FOTO MARITIM MALAYSIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Wanita perlu tahu prosedur pengurusan harta pusaka

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular