HomeUtamaMUIS terus berusaha pastikan rumah anak yatim, madrasah dibantu

MUIS terus berusaha pastikan rumah anak yatim, madrasah dibantu

Read Time:1 Minute, 25 Second

Papar : Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) akan terus berusaha untuk memastikan rumah anak yatim dan madrasah khususnya di negeri ini akan dibantu.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, ia termasuklah membantu penghuni rumah atau madrasah terlibat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

“InsyaAllah MUIS dari masa ke semasa akan memantau dan melihat serta memberikan dokongan serta bantuan kepada rumah atau madrasah seperti mana kita bantu madrasah, tahfiz dan rumah anak yatim yang lain.

“Ia bukan sahaja dari segi bantuan kepada rumah atau madrasah terlibat malah akan membantu mereka melanjutkan pengajian ke institusi pengajian yang lebih tinggi termasuk universiti dan sebagainya sehingga mereka mampu berdikari,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke lokasi pembinaan Kompleks Rumah Anak Yatim dan Asnaf As Sakinah di Kinarut di sini baru-baru ini.

Kerja-kerja pembinaan kompleks yang bernilai RM3.1 juta itu kini tellah mencapai 80 peratus siap dan dijangka siap sepenuhnya pada akhir Februari ini.

Arifin yang juga Exco Pendidikan dan Hal Ehwal Agama Islam Sabah merakamkan penghargaan terima kasih kepada semua penyumbang yang telah memberikan sumbangan bagi memastikan bangunan itu disiap digunakan untuk keselesaan anak-anak yatim.

Sementara itu, Pengerusi Rumah Anak Yatim dan Asnaf As Sakinah Samin Ongki berkata, baki 20 peratus proses menyiapkan bangunan kompleks berkenaan kini sedang dilaksanakan.

“Hanya berbaki 20 peratus saja kerja-kerja akhir iaitu mengecat, memasang jubin dan juga pemasangan pintu dan tingkap.

“Mengikut jadual bangunan ini Insyaalah akan siap pada penghujung bulan Februari tahun ini, sebulan awal dari jadual iaitu penghujung Mac,” katanya.

Samin berkata, pihaknya memerlukan RM300,000 hingga RM500,000 untuk menyiapkan kompleks berkenaan selain perbelanjaan bulanan RM25,000 lagi untuk operasi keseluruhan kompleks. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Sektor pelancongan Sabah berkembang 3.0 peratus pada 2023 – DOSM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular