HomeSukanPM tiup semangat skuad Harimau Malaya harungi cabaran Piala Asia 2023

PM tiup semangat skuad Harimau Malaya harungi cabaran Piala Asia 2023

Read Time:1 Minute, 21 Second

BERNAMA

Kuala Lumpur : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat maju jaya kepada skuad Harimau Malaya bimbingan Kim Pan Gon yang bakal mengharungi cabaran getir Piala Asia 2023 di Doha, Qatar dari 12 Jan hingga 10 Feb ini.

Menteri hantara video di laman Facebook malam tadi, beliau menyifatkan para pemain yang berjaya menamatkan penantian 42 tahun Malaysia untuk layak secara merit ke Piala Asia dan bakal menggalas cabaran negara di Doha sebagai pejuang.

“Ini pejuang hebat, pasukan Harimau Malaya, bertarung, sabar, kukuh semangat, istiqamah,42 tahun kita menanti dan sekarang saudara-saudar bangkit sebagai pejuang dan bertarung.  Kami doakan insya-Allah akan mencapai sukses.

“Sekali lagi diucapkan selamat maju jaya, selamat berjuang kepada pasukan Harimau Malaya,” katanya.

Malaysia yang diundi dalam Kumpulan E akan memulakan kempen dengan bertemu Jordan pada 15 Jan (1.30 pagi 16 Jan waktu Malaysia) di Stadium Al Janoub diiikuti Bahrain (20 Jan) di Stadium Jassim Bin Hamad dan bertemu juara dua kali Korea Selatan di Stadium Al Janoub pada 25 Jan.

Hanya juara dan naib juara setiap kumpulan bersama empat pasukan tempat ketiga terbaik akan layak ke pusingan 16 terbaik yang tidak pernah dicapai pasukan negara dalam tiga penampilan sebelum ini.

Ini merupakan kali keempat Malaysia beraksi di Piala Asia selepas layak secara merit pada edisi 1976 di Iran dan 1980 di Kuwait serta ketika menjadi tuan rumah bersama pada 2007.

Sebagai aksi pemanas badan, anak buah Pan Gon yang tiba di Doha seawall 1 Jan lepas dijadual bertemu Syria pada perlawanan persahabatan antarabangsa pada 8 Jan ini.

Ikuti berita dan info terkini mengenai Piala Asia 2023 di asiancup.bernama.com. – BERNAMA

RELATED ARTICLES
Utama

22 rumah musnah dalam kebakaran di Batu 3 Sandakan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya