HomeSukanPasukan bola sepak wanita Sabah sedia hadapi saingan SUKMA 2024

Pasukan bola sepak wanita Sabah sedia hadapi saingan SUKMA 2024

Read Time:1 Minute, 7 Second

Kota Kinabalu : Pasukan Bola Sepak Wanita Sabah telah bersedia untuk menghadapi saingan pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 yang akan berlangsung di Sarawak pada Ogos depan.

Pengerusi Jawatankuasa Bola Sepak Wanita Sabah, Muhd Arziz Afizy Rumsani berkata, ia termasuklah barisan pemain yang telah dikenal pasti selepas berakhirnya temasya Sukan Sabah (SAGA) edisi ke-10 baru-baru ini.

“Menerusi Kejohanan Bola Sepak Piala Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag ini, kita juga akan melihat mungkin ada lain pemain-pemain yang kitab oleh serap ke pasukan SUKMA Sabah ini nanti.

“Kita akan mulakan latihan bermula April nanti khusus untuk pasukan Bola Sepak SUKMA ini nanti yang akan diadakan di Padang SUKMA,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Makan Malam dan Pelancaran Kejohanan Bola Sepak Piala Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini semalam.

Majlis disempurnakan isteri Ketua Menteri Datin Seri Juliah Salag dan turut dihadiri Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya.

Arziz berkata, senarai nama pemain Pasukan Bola Sepak Wanita Sabah dijangka akan diumumkan, Mac depan selain beberapa nama jurulatih juga telah dikenalpasti bagi mengendali sesi latihan pasukan berkenaan.

“Ada beberapa pemain senior yang bermain di Liga Wanita Nasional ini kita akan bawa ke SUKMA ini nanti mungkin dalam tujuh atau lapan oranglah  yang masih boleh main untuk SUKMA,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Sabah luluskan peruntukan RM12.24 juta naik taraf kemudahan Stadium Likas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular