HomeIsu tempatanSook bakal dinaik taraf sebagai daerah penuh tahun ini

Sook bakal dinaik taraf sebagai daerah penuh tahun ini

Read Time:1 Minute, 4 Second

Sook : Daerah kecil Sook bakal dinaik taraf sebagai daerah penuh dan ianya dijangka akan dilaksanakan pada tahun ini.

Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin berkata, daerah kecil itu dilihat telah layak untuk diwartakan sebagai daerah penuh selepas memenuhi syarat-syarat untuk menjadi sebuah daerah penuh.

“Daerah kecil Sook sebenarnya sudah layak untuk menjadi salah satu daerah penuh di negeri ini.  Saya difahamkan, dalam masa terdekat, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah akan membawa perkara ini ke Jemaah Menteri.

“Ia adalah bertujuan untuk membentangkan kelulusan dan seterusnya mengisytiharkan Sook sebagai daerah penuh,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Tamu Sabtu Kampung Binuwou Tengah di sini hari ini.

Ellron yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sook berharap agar daerah kecil itu dapat diwartakan dan direalisasikan pada tahun ini.

Terdahulu, ketika berucap merasmikan tamu itu, Ellron menyatakan rasa bangga terhadap pewujudan tamu berkenaan yang membolehkan penduduk setempat berniaga dan memasarkan produk mereka sekaligus meningkatkan tahap ekonomi mereka.

“Pewujudan tamu di kampung ini merupakan satu usaha yang harus dipuji kerana ianya memberikan peluang kepada penduduk kampung untuk berniaga dan memasarkan produk secara langsung kepada pembeli.

“Saya berharap agar tamu ini dapat diteruskan serta dimajukan agar ia menjadi satu medium penting bagi warga kampung untuk menjana pendapatan,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Pesta Kaamatan pemangkin kepada ekonomi masyarakat

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular