HomeIsu tempatanEmpat lelaki ditahan disyaki menangkap ikan guna panah besi

Empat lelaki ditahan disyaki menangkap ikan guna panah besi

Read Time:56 Second

Kota Kinabalu : Empat lelaki yang disyaki menangkap ikan menggunakan panah besi di kedudukan 1.36 batu nautika Barat Daya Pulau Mengalum ditahan bersama sebuah bot nelayan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan kira-kira jam 11 pagi tadi.

Pengarah Maritim Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi Che Engku Daik berkata, bot nelayan tempatan tanpa nombor pendaftaran itu ditahan bot peronda Maritim Malaysia dalam satu operasi selepas disyaki melakukan aktiviti menangkap ikan menggunakan peralatan panah besi yang tidak dibenarkan.

“Juragan bot warga tempatan juga ditahan bersama tiga orang awak-awak warganegara Filipina dan dua daripada awak-awak tersebut tidak memiliki dokumen pengenalan diri ketika diperiksa oleh anggota Maritim Malaysia.

“Selain itu juragan bot juga gagal mengemukan lesen bot ketika diminta. Bot, juragan dan awak-awak telah iring masuk ke jeti Maritim Negeri Sabah untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Engku Suhaimi berkata, Juragan dan awak disyaki melakukan kesalahan dibawah Akta Perikanan 1985, Akta Imigresen 1959/63 dan Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2002. – SABAH MEDIA / FOTO MARITIM MALAYSIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Petugas Tabung Darah digesa tingkat kemahiran, pengetahuan demi keselamatan pesakit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular