HomeUtamaNaratif Kaya Kerana Rasuah Sengaja Dimainkan, Dakwa Isteri Daim

Naratif Kaya Kerana Rasuah Sengaja Dimainkan, Dakwa Isteri Daim

Read Time:1 Minute, 37 Second

KUALA LUMPUR: Seseorang tidak boleh dikatakan bersalah sehinggalah dibuktikan oleh mahkamah, demikian menurut Toh Puan Naimah Khalid, iaitu isteri kepada Tun Daim Zainudin.

Naimah juga mendakwa pada ketika ini kempen memutar belit maklumat dan persepsi sedang giat dijalankan oleh pelbagai pihak, demi memberi gambaran bahawa Daim adalah seorang yang korup hanya kerana bekas Menteri Kewangan itu kaya-raya.

Beliau juga mendakwa Daim merupakan ahli perniagaan yang sangat berjaya sebelum menyertai kabinet pada tahun 1984.

Apatah lagi media selama ini juga merujuk Daim sebagai seorang tokoh korporat dan hartawan sebelum memegang jawatan awam 40 tahun lalu, kata Naimah.

“ Kini, ia sesuatu yang tidak munasabah dan tidak masuk akal, malah tiada ahli perniagaan yang berjaya di negara ini akan telepas daripada tuduhan sedemikian. 

“Di lapangan awam, dakwaan seperti ini tidak mudah hilang begitu sahaja,” katanya ketika ditemui wartawan di hadapan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pagi ini.

Terdahulu Naimah yang ditemani kedua anaknya dan peguam hadir sekitar jam 10.15 minit pagi bagi dirakam kenyataan susulan siasatan SPRM berhubung pendedahan dokumen sulit oleh International Consortium of Investigative Journalists (ICIJ) berkenaan transaksi yang disyaki berlaku di beberapa pusat kewangan luar pesisir.

Bercakap kepada pemberita lagi, Naimah mendakwa Daim kini menjadi mangsa penganiayaan kerajaan hari ini, dengan menggambarkan kemewahan dan kejayaan beliau kerana terlibat dengan amalan rasuah.

”Jawatan Perdana Menteri tidak seharusnya digunakan untuk mencemar nama baik individu melalui sindiran dan tuduhan kononnya mengenai salah laku, ataupun digunakan untuk menyelesaikan pertelingkahan politik lampau.

“Inilah yang dilakukan oleh Perdana Menteri yang beberapa kali kebelakangan ini mendakwa suami saya memiliki kekayaan haram, tanpa memberikan sedikit pun bukti,” atanya. 

Terdahulu SPRM bertindak membekukan akaun bank berjumlah lebih RM39 juta antara lain membabitkan milik bekas menteri kanan, dua ahli perniagaan bergelar ‘Tan Sri’ dan ahli keluarga mereka.

Pembekuan itu membabitkan 192 akaun bank, merangkumi 35 akaun syarikat dan 157 akaun individu.

Pada bulan Disember lepas, SPRM menyita Bangunan Menara Ilham di Jalan Binjai, yang dikatakan milik keluarga Daim.

RELATED ARTICLES
Utama

Sistem air minuman secara mudah alih, berkuasa solar berjaya dibangunkan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular