HomeIsu tempatanPersidangan Madani Serantau dijangka diadakan pertengahan tahun

Persidangan Madani Serantau dijangka diadakan pertengahan tahun

Read Time:51 Second

Kota Kinabalu : Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) bersama beberapa rakan strategik merancang untuk mengadakan Persidangan Madani Serantau bagi mengembangkan konsep Madani pertengahan tahun ini.

Antara negara akan diundang termasuk Indonesia, Filipina, Singapura dan Brunei Darussalam.

Yang Dipertua USIA, Datuk Sapawi Ahmad berkata, persidangan itu dijangka dijayakan bersama rakan strategik seperti WADAH dan kerajaan negeri.

“Kita mahu memperluas konsep Madani ini dalam konteks pemikiran serantau, sejauh mana ia dapat digerakkan dan diaplikasi dari segi hubungan antara wilayah serantau,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Program Wacana Pemikir `Malaysia Madani dan Pasca Normal’ di sini baru-baru ini.

Ceramah disampaikan oleh  Pengarah Institut Pemikiran Islam Antarabangsa, Asia Timur dan Asia Tenggara (IIIT), Prof. Dato’ Dr. Mohamad Fauzan Noordin.

Sesi dipengerusikan oleh Pengerusi Majlis Penasihat Kementerian Pendidikan Malaysia, Datuk Dr Amin Senin.

Sapawi berkata idea yang digarap menerusi konsep Malaysia Madani perlu diperluas dan tidak terhad dalam konteks negara ini dan wilayah Sabah dan Sarawak saja.

Ini kerana ia suatu konsep keterangkuman yang menyeluruh dan menjangkau pelbagai segmen masyarakat.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

48 murid SK Sembulan sertai Program Khatan beramai-ramai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular