HomeUtamaIsu Air UMS : Baki telaga, sistem paip dijangka beroperasi Mac ini

Isu Air UMS : Baki telaga, sistem paip dijangka beroperasi Mac ini

Read Time:1 Minute, 0 Second

Kota Kinabalu : Baki telaga dan sistem paip bagi menghasilkan bekalan air di Universiti Malaysia Sabah (UMS) menerusi peruntukan RM3 juta yang disalurkan Kerajaan Persekutuan dijangka beroperasi Mac ini.

Naib Canselor UMS Datuk Dr Kasim Md Mansor berkata, peruntukan yang disalurkan itu telah digunakan untuk membina enam telaga tiub dan memasang enam sistem paip.

Katanya, pada masa ini satu telaga tiub dan satu sistem paip sudah digunakan bagi menghasilkan 150,000 liter air sehari.

“Telaga-telaga tiub dan sistem paip ini bertujuan membekalkan air kepada pelajar yang tinggal di (asrama) universiti,” katanya memetik laporan Daily Express di sini.

Kasim berkata, RM3 juta itu diuruskan oleh Unit Pelaksanaan Penyelarasan (ICU) bawah Jabatan Perdana Menteri, bukannya UMS.

“Kami harap orang ramai tidak membuat spekulasi tentang bagaimana (peruntukan) RM3 juta itu digunakan.

“Saya jamin, wang itu bukannya hilang atau digunakan secara tidak wajar,” katanya.

UMS dilaporkan memerlukan sebanyak lima juta liter air sehari.

Selasa lalu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mempersoalkan bagaimana dana yang diperuntukkan kepada UMS dibelanjakan seterusnya meminta laporan terperinci mengenai isu bekalan air di universiti itu.

Anwar berkata, beliau mendapat tahu daripada media sosial bahawa Menteri Pendidikan Tinggi Zambry Abdul Kadir didatangi pelajar universiti itu yang mengadu tentang bekalan air yang tidak mencukupi.

RELATED ARTICLES
Utama

Nurul Yanadido ke Hongkod Koisaan kali kedua

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular