HomeUtamaIsu Air UMS : Projek dilaksanakan mengikut tata kelola, prosedur ditetapkan

Isu Air UMS : Projek dilaksanakan mengikut tata kelola, prosedur ditetapkan

Read Time:2 Minute, 11 Second

Kota Kinabalu : Peruntukan RM3 juta yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Mei tahun lalu bagi melaksanakan projek penggalian telaga tiub di Universiti Malaysia Sabah (UMS) dilaksanakan mengikut tata kelola dan prosedur ditetapkan.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mustapha Sakmud berkata, peruntukan yang diurus oleh Unit Penyelarasan Pelaksaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri itu adalah bagi tujuan menangani masalah air di UMS.

Mustapha mencuba bekalan air yang disalurkan melalui Telaga Tiub di UMS – FOTO UMS

“Saya mahu beritahu semua bahawa tiada unsur yang tidak memenuhi tatakelola dalam isu penggunaan bajet ini.

“Ia memang digunakan sebaiknya mengikut prosedur kewangan yang ditetapkan. Saya ucapkan terima kasih kepada pihak UMS khususnya Naib Canselor yang menekankan pentingnya tatakelola dalam menguruskan projek ini mengikut prosedur kewangan yang ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mendengar taklimat mengenai situasi masalah air dan projek pembinaan telaga tiub di UMS, di sini, hari ini.

Hadir sama Naib Canselor UMS, Prof Datuk Dr Kasim Md Mansor.

Mustapha melihat Telaga Tiub yang disalurkan ke tangki simpanan – FOTO UMS

Taklimat daripada Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan UMS serta pakar geologi itu dibuat susulan lawatan Mustapha bersama Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir pada Isnin lalu.

Mustapha berkata isu air di kampus universiti itu menjadi perhatian nasional dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) diarah meletakkannya sebagai keutamaan untuk diselesaikan.

Katanya, hasil taklimat yang diberikan, beliau telah mendapat bayangan khususnya perkara yang harus dilaksanakan bagi membina telaga tiub itu mengikut jangka masa ditetapkan.

Tangki bagi menyimpan air yang dibekalkan menerusi telaga tiub – FOTO MAHA

“Hasil kajian pakar geologi, sekrang ini kita telah kenalpasti empat sumber air daripada enam yang dicari untuk membina telaga tiub dan selepas ini proses penggerudian akan dibuat secepat mungkin.

“Selepas penggerudian selesai dan air bawah tanah yang terhasil mencukupi, barulah kita beralih untuk memasang sistem panapisan dan perpaipan ke kolej kediaman pelajar.

“Ini yang akan dibuat, jadi saya menggesa semua pihak melaksanakan kerja ini dengan baik dan pastikan projek ini disiapkan mengikut kontrak yang ada kerana ini adalah projek yang perlu disegerakan,” katanya.

Dalam pada itu, Mustapha berkata, projek yang dijadul siap pada Mac depan itu akan turut dipantau setiap munggu dan akan membawa laporan kepada KPT sebelum dibentang ke Kabinet.

Katanya, setakat ini empat sumber air bawah tanah yang dikenal pasti itu akan diusahakan untuk penggerudian di samping dua lagi sumber perlu dicari bagi melengkapkan enam telaga tiub yang dibiayai menggunakan peruntukan RM3 juta itu.

“Kita masih bergantung kepada Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) untuk menyelesaikan masalah ini pada jangka masa panjang. Projek telaga tiub dan usaha yang diambil UMS ketika ini hanya bersifat jangka pendek,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular