HomeUtamaLelaki warga asing maut, pacuan empat roda dipandu terlibat dalam kemalangan di...

Lelaki warga asing maut, pacuan empat roda dipandu terlibat dalam kemalangan di Putatan

Read Time:1 Minute, 30 Second

PUTATAN: Seorang lelaki maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya melanggar belakang sebuah motokar lalu kedua-duanya terbabas di bahu jalan berhampiran lampu isyarat simpang Klinik Kesihatan Putatan awal pagi tadi.

Dalam kejadian, mangsa warga asing berusia 30 tahun pemandu pacuan empat roda telah tersepit dalam kenderaannya dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan bertugas.

Ketua Polis Daerah Penampang, Supterintendan Sammy Newton berkata, pihak IPD Penampang mengesahkan telah terima satu maklumat awam pada jam 5.05 pagi tadi (13 Jan) mengenai kes kemalangan jalan raya yang melibatkan sebuah kenderaan pancuan empat roda dengan sebuah motokar berlaku di jalan Papar ke Kota Kinabalu, berhampiran lampu isyarat simpang klinik kesihatan Putatan, Penampang.

“Hasil siasatan awal pihak polis di lokasi kejadian mendapati kedua-dua kenderaan datang dari arah yang sama menuju ke Kota Kinabalu melalui jalan Papar ke Kota Kinabalu dan secara tiba-tiba kenderaan pancuan empat roda telah melanggar motokar dari arah belakang sehingga kedua-duanya terbabas ke arah kiri bahu jalan.

“Akibat daripada pelanggaran tersebut, pemandu kenderaan pancuan empat roda telah tersepit dalam kenderaan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan bertugas.

“Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth 1, Kota Kinabalu untuk tujuan bedah siasat.

“Manakala pemandu motokar seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun telah mengalami cedera ringan dan dibawa ke Hospital Queen Elizabeth 1, Kota Kinabalu untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Sammy berkata, kes disiasat dibawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, dan pihak polis meminta saksi kejadian untuk tampil memberi maklumat untuk membantu siasatan.

“Pihak polis ingin menasihatkan orang awam supaya sentiasa berhati-hati ketika memandu di jalan raya dan meminta agar tidak menularkan sebarang imej atau klip video tempat kejadian di rangkaian media sosial bagi menjaga sensitiviti keluarga mangsa,” tambah beliau lagi.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular