HomeUtamaKemajuan bekalan elektrik di Ranau bantu rakyat tingkat taraf kehidupan

Kemajuan bekalan elektrik di Ranau bantu rakyat tingkat taraf kehidupan

Read Time:1 Minute, 36 Second

Ranau : Kerajaan negeri akan terus memainkan peranan penting bagi memastikan rakyat menerima bekalan tenaga elektrik yang mencukupi, dipercayai, efisien, berpatutan dan selamat.

Menteri Kewangan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, peranan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) amat penting sebagai pemangkin yang bertindak kepada penjana ekonomi negeri Sabah khasnya menerusi agenda Sabah Maju Jaya (SMJ).

Katanya, SESB juga berperanan sebagai syarikat pembangun dan pembekal tenaga elektrik untuk Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Kemajuan    kemudahan    bekalan elektrik di Ranau ini juga secara tidak langsung membantu rakyat meningkatkan taraf kehidupan mereka selari dengan daerah-daerah lain yang lebih maju di negeri Sabah.

“Pendek kata dengan adanya bekalan elektrik yang lebih mampan dan berdaya harap, semua aktiviti telah dipermudahkan.

“Pihak kerajaan sentiasa memainkan peranan yang begitu signifikan dalam memastikan rakyat menikmati kemudahan asas ini dan bagi kerajaan, penyediaan bekalan elektrik ini adalah merupakan satu obligasi sosial,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pencawang Pembahagian Utama (PPU) 33/11 Kilovolt (Kv) Lingkudou di sini hari ini.

Masidi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karanaan) berkata, bagi mencapai tadbir urus yang baik dalam bekalan elektrik, ianya perlu melibatkan kerjasama antara badan kerajaan, pihak berkuasa kawal selia, pembekal elektrik dan pengguna.

Katanya, kesan sinergistik usaha kolaboratif ini memastikan sektor elektrik beroperasi dengan berkesan, memenuhi keperluan penduduk.

“Memandangkan kerajaan negeri telah menggubal enakmen bekalan elektriknya sendiri, maka adalah penting untuk kita sama-sama memastikan tadbir urus pembekalan elektrik di Sabah lebih terbuka, adil dan bertanggungjawab,” katanya.

Sementara itu, Masidi berkata, pembinaan PPU Lingkudau adalah sangat berimpak tinggi kepada penduduk setempat kerana bertujuan untuk memberikan bekalan elektrik yang lebih berdaya harap dan lebih stabil.

Katanya, pembekalan elektrik ke kawasan Ranau adalah melalui grid dan tidak lagi bergantung kepada Stesen Janakuasa yang menggunakan diesel.

“Pembinaan PPU ini juga bertujuan untuk menyediakan kapasiti elektrik untuk pembangunan yang akan datang bagi meningkatkan lagi ekonomi di Kawasan Ranau,” katannya. SABAH MEDIA / FOTO SESB

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular