HomeUtamaSabah rekod kutipan hasil tinggi meskipun berdepan penurunan CPO, CO tahun lalu

Sabah rekod kutipan hasil tinggi meskipun berdepan penurunan CPO, CO tahun lalu

Read Time:1 Minute, 26 Second

Kota Kinabalu : Kutipan hasil negeri yang direkodkan tahun lalu berjaya melepasi rekod tahun sebelumnya meskipun berdepan cabaran penurunan harga minyak sawit mentah (CPO) dan harga minyak mentah (CO).

Menteri Kewangan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Sabah masih mampu mengutip hasil berjumlah RM6.971 bilion tahun lalu berbanding tahun 2022 iaitu melebih sebanyak RM11 juta.

“Pada 2021, Kerajaan Negeri telah mencipta sejarah apabila kutipan hasil negeri pertama kali mencapai paras RM5 bilion iaitu RM5.449 bilion. Kemudian pada tahun 2022, sekali lagi paras ini meningkat kepada RM6 bilion dengan jumlah kutipan RM6.960 bilion.

“Pada tahun lalu, ketika kita sedang dalam peringkat akhir penutupan akaun tahun 2023, kelihatan hasil telah mencecah RM6.971 bilion,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Malam Kewangan di sini semalam.

Masidi berkata, cabaran pengurangan harga komoditi tersebut mengakibatkan pengurangan kutipan hasil daripada dua sumber hasil utama negeri tersebut dengan nilai sekitar RM566.3 juta berbanding tahun 2022.

Katanya, pada tahun lalu, 68 peratus daripada hasil negeri adalah datangnya daripada dua sumber tersebut.

“Dengan itu, saya amat berbangga dengan warga Kementerian ini yang amat komited dan bertunggus lumus mencari hasil sehinggalah Kita berupaya mengatasi kekurangan tersebut dengan kutipan hasil yang lain.

“Tahniah dan Syabas khas kepada Bahagaian Cukai Jualan Negeri (CJN) yang telah melaksanakan tugas dengan cemerlang.

“Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pucuk kepimpinan Kerajaan Negeri yang diterajui oleh Ketua Menteri atas sokong padu dan tidak lupa kerjasama daripada semua jabatan pemungut hasil negeri,” katanya.

Dalam pada itu, Masidi berkata, Kerajaan Negeri telah menerima dividen dan sumbangan daripada  agensi awam yang telah mencapai RM 154.8 juta.

Katanya, jumlah itu melebihi sasaran KPI Kementerian iaitu hanya sebanyak RM 120 juta dan ini merupakan satu kejayaan yang sangat membanggakan. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Isu Pelantikan TYT Sabah: KEADILAN Sabah seru hormati perlembagaan, henti sebar...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular