HomeIsu tempatanRAY As Sakinah tawan Puncak Kinabalu, bina keyakinan diri, perkukuh ukhuwah

RAY As Sakinah tawan Puncak Kinabalu, bina keyakinan diri, perkukuh ukhuwah

Read Time:1 Minute, 27 Second

KOTA KINABALU: Sekumpulan sembilan putera puteri dan dua warden dari Rumah Anak Yatim dan Asnaf As Sakinah, Lok Kawi berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu pada Sabtu (13 Jan).

Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah RAY dan Asnaf As Sakinah Hj Samin Hj Ongki berkata ekspedisi bermatlamat membina keyakinan diri, memperkukuh ukhuwah dan memberi peluang melihat tanda-tanda kebesaran Allah SWT.

Pelepasan ekspedisi disempurnakan sendiri Hj Samin di RAY As Sakinah pada petang jumaat.

Hj Samin turut berada di Taman Kinabalu, Kundasang menyambut peserta ekspedisi yang berusia 12 hingga 17 tahun itu turun pada Sabtu.

Turut hadir Timbalan Pengerusi Hj Hussin Hj Mijin dan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan RAY dan Asnaf As Sakinah Hj Nasaruddin Mohamad.

Menurut Hj Samin lagi, ekspedisi ini dijayakan hasil tajaan sepenuh nya daripada Datuk Eddie Abdullah dan dua buah syarikat .

Beliau berharap ekspedisi ini dapat memotivasi putera dan puteri Sakinah untuk menimba ilmu dengan lebih gigih lagi.

Setakat ini, RAY dan Asnaf As Sakinah menempatkan 34 putera dan puteri terdiri daripada 17 lelaki dan 17 perempuan.

Dalam pada itu, Hj Samin turut memaklumkan perkembangan terkini pembinaan Kompleks RAY dan Asnaf As Sakinah yang menelan kos RM3.1 juta itu masih mengalu-alukan sumbangan orang ramai untuk menyiapkan bangunan berkenaan.

Kompleks RAY dan Asnaf As Sakinah, Lok Kawi, Papar dalam pembinaan.

“Kompleks RAY dan Asnaf As Sakinah sedang dibina di Lot 503 dan 504 Taman Pantai Lok Kawi, Papar, kos pembinaan keseluruhan RM3.1 juta, hanya RM2.1 juta yang ada setakat ini dan kami sedang berusaha untuk mendapatkan selebihnya untuk menampung kos keseluruhan tersebut. Justeru, kami mengalu-alukan sumbangan orang ramai masih diperlukan untuk menyiapkan bangunan berkenaan.

“Kerja-kerja pembinaan setakat ini 85 peratus siap dan dijangka siap sepenuhnya hujung Februari 2024 untuk mula digunakan pada Ramadhan akan datang,” ujarnya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Petugas Tabung Darah digesa tingkat kemahiran, pengetahuan demi keselamatan pesakit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular