HomeIsu tempatanDBP,IPS mampu lahirkan golongan penulis di Sabah

DBP,IPS mampu lahirkan golongan penulis di Sabah

Read Time:1 Minute, 32 Second

Kota Kinabalu: Dewan Bahasa dan Budaya (DBP) bersama Ikatan Penulis Sabah (IPS) mampu melahirkan golongan penulis bahasa, sastera dan budaya Sabah.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia, Datuk Ts. Mustapha Sakmud berkata, kedudukan pusat ilmu yang ada khususnya di Kota Kinabalu merupakan faktor utama dalam pengembangan bakat-bakat tersebut.

Antaranya seperti Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Sabah serta Politeknik Kota Kinabalu.

“Selain itu, saya turut mendorong kepada semua institusi pendidikan tinggi (IPT) dan institut latihan kemahiran yang lain bekerjasama dengan DBP dan IPS bagi memastikan budaya membaca, menulis, mengkaji dan menganalisis dalam kalangan pelajar dapat dikekal dan ditingkatkan menerusi rutin pembelajaran dan kegiatan yang mempromosikan pengembangan bakat dan kemahiran penulisan.

“Walaupun bilangan mereka yang berbakat dalam bidang penulisan dan penerbitan tidak seramai bidang lain namun sumbangan mereka kepada bangsa dan negara dalam bentuk penulisan umum, akademik, kewartawanan dan kesusasteraan tidak kurang besarnya.

“Realitinya, penulis sentiasa memiliki peranan yang besar dan penting dalam pembangunan masyarakat dan negara kerana merekalah golongan yang melapor berita-berita penting dan isu semasa, menggalakkan penegambangan ilmu pengetahuan, kemahiran dan budaya serta mendokumenkan sejarah, pencapaian dan hasrat negara,” katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Pengerusi Pembangunan Sumber Manusia Berhad merangkap Pengarah Pejabat Parlimen Sepanggar, Ahsim Jamat dalam Mesyuarat Agung Tahunan 2024 IPS di sini semalam.

Mustapha yang juga Ahli Parlimen Sepanggar turut menghargai sumbangan IPS atas pelbagai usaha dalam mengembangkan ilmu penulisan dan kesusasteraan kepada negeri ini.

“Antaranya ialah menerbitkan 24 buku pelbagai genre karya 35 penulis tempatan sepanjang 2022 dan oktober 2023 dan terkini berjaya melancarkan tujuh buku karya 82 penulis di mana tiga darinya akan dilancarkan pada hari ini

“Di samping itu, saya difahamkan IPS turut menyumbangkankan sejumlah buku terbitannya kepada perpustakaan dan pusat-pusat sumber sekolah di kawasan Sepanggar dan diharapkan semoga buku-buku tersebut dapat memberi manfaat kepada masyarakat yang membaca, memahami dan mengakajinya,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

58 beg darah berjaya dikutip, bantu pesakit memerlukan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular