HomeUtamaHajiji & Juliah hadiri Majlis Santapan Diraja Perkahwinan Putera Mateen, Dayang Anisha

Hajiji & Juliah hadiri Majlis Santapan Diraja Perkahwinan Putera Mateen, Dayang Anisha

Read Time:42 Second

BANDAR SERI BEGAWAN: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri Datin Seri Juliah Salag menghadiri Majlis Santapan Diraja sempena Istiadat Perkahwinan Diraja Brunei, Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah dengan Pengiran Anak Isteri Dayang Anisha Rosnah Adam di Balai Persantapan, Istana Nurul Iman pada Isnin.

Terdahulu, Hajiji dan Juliah menghadiri Majlis Istiadat Persandingan Pengantin Diraja di Balai Singgahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman pada Ahad.

Majlis itu turut dihadiri oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan isteri Toh Puan Norlidah Tan Sri R.M. Jasni.

Pada majlis itu, Hajiji dan isteri Juliah merakamkan gambar kenangan bersama pasangan pengantin diraja, Pengiran Muda Abdul Mateen, 32, dan Pengiran Anak Isteri Dayang Anisha Rosnah Adam, 29.

Majlis gilang-gemilang yang diadakan selama 10 hari bermula 7 Januari yang lalu diisi dengan pelbagai istiadat Diraja yang telah dilangsungkan sejak turun temurun.

RELATED ARTICLES
EkonomiUtama

RM7 juta disediakan untuk fasa pertama naiktaraf 38 Tamu Desa di...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular