HomePendapatPenyokong Umum Pemain Sabah Jadi Pemain Terbaik Perlawanan Di Piala Asia Malam...

Penyokong Umum Pemain Sabah Jadi Pemain Terbaik Perlawanan Di Piala Asia Malam Tadi

Read Time:2 Minute, 0 Second

OLEH Muda Muhammad.

Walaupun pasukan Malaysia tewas di dalam perlawanan pertama malam tadi, tiada siapa sangka, pemain dari Sabah yang menyinar dalam perlawanan pertama Harimau Malaya menentang pasukan Jordan malam tadi menarik perhatian peminat pasukan bolasepak Malaysia

“Bend it like Stuart Wilkin. Almost” tulis aplikasi X rasmi kejohanan Asia Cup semalam. Percubaan yang dibuat oleh Stuart Wilkin itu hampir-hampir menghasilkan gol, hanya sipi di tiang gol sahaja.

Di aplikasi X video aksi pemain Sabah itu mendapat sejumlah 75,000 tontonan.

Stuart Wilkin bermain sepenuh masa semalam sebagai pemain midfield pasukan Harimau Malaya. Pemain Sabah itu juga turut mencuri tumpuan laman Facebook rasmi AFC dengan sejumlah 135 komen dan 16 perkongsian.

Stuart Wilkin bermain dengan pasukan Sabah sejak tahun 2022 dan telah menjaringkan 8 gol sepanjang 42 penampilannya dengan pasukan Sabah. Stuart Wilkin memulakan karier awalnya sebagai pemain di kelab Southampton, kelab sama yang pernah disertai oleh Virgil Van Dijk, Sadio Mane dan Gareth Bale.

Laman facebook “Malaysia National Football Team” dan “OH Media” turut menobatkan Stuart Wilkin sebagai pemain terbaik perlawanan semalam.

“Man of the match pada awal pagi tadi saya berikan kepada Stuart Wilkin, boleh nampak kerja keras dia satu-satunya pemain yang membuat hantaran tepat 80% dan move the ball forward untuk mendapatkan goal, ada satu rembatan kuat dia hampir-hampir untuk Malaysia mendapatkan satu jaringan” tulis laman Facebook “Malaysia National Football Team”.

“Jujur cakap Stuart Wilkin satu-satunya pemain yang all out semalam. Langsung tak goyang bila bawa bola. Hampir jaringkan gol dari luar kotak penalti.” tulis Oh Media. Pujian yang jujur, analisis yang tepat dibuat oleh kedua-dua laman tersebut. Memang selayaknya Stuart Wilkin mendapat tempat sebagai pemain Harimau Malaya yang paling menyerlah semalam.

Tahun lepas, pasukan Sabah mendapat tempat ke-3 dalam Liga Super. Dengan prestasi Stuart Wilkin yang semakin meningkat naik ini, ianya pasti satu berita gembira buat seluruh pasukan bolasepak Sabah.

Gaya permainan Stuart Wilkin yang berjaya mendominasi permainan semalam dengan kawalan bola sejumlah 53% dan passing sejumlah 422, dengan 81% passing adalah tepat. Passing Stuart Wilkin adalah 80% tepat menurut analisis facebook page “Malaysia National Football Team”.

Jika analisis ini menjadi taruhan, maka pasukan Malaysia boleh bangkit membuat kejutan menentang Bahrain dan Korea Selatan nanti. Benar seperti kata Dollah Salleh semalam, pasukan Malaysia perlu berpijak pada realiti di kejohanan sebegini. Stuart Wilkin boleh menjadi pemangkin kepada kebangkitan Malaysia nanti. Boleh bah

RELATED ARTICLES
Utama

Nashraff, Nadirah dinobatkan johan qari dan qariah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya