HomeSukanHarith Naem kembali bersama Sabah FC

Harith Naem kembali bersama Sabah FC

Read Time:1 Minute, 41 Second

Kota Kinabalu : Sabah FC mengikat semula bekas pemain Perak FC, Harith Naem Jaineh  bagi membantu skuad Badak menghadapi cabaran Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dan Liga Super musim ini.

Pemain kelahiran Kota Belud itu sebelum ini pernah bermain bersama skuad Badak pada 2021 dan berhijrah ke Melaka United pada 2022 seterusnya berpindah ke Perak FC pada musim lalu.

Perkara itu disahkan Ketua Jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee ketika ditemui pada sesi latihan pasukan itu di sini semalam.

“Buat masa ini hanya Harith Naem kembali bersama pasukan Sabah dan kita mempunyai jangka masa panjang sebelum liga bermula untuk memikirkan sama ada kita perlu mengambil pemain lain

“Dengan syarat kita perlu mempunyai sumber kewangan yang kukuh,”‘ katanya.

Berdasarkan rekod, penyerang muda berusia 21 tahun itu mencatatkan tujuh penampilan Liga Super bersama skuad senior The Boss Gaurus musim lalu dengan satu gol dijaringkannya.

Namun, khidmatnya dilihat lebih ditagih pasukan belia Perak FC apabila dia beraksi sebanyak 10 kali dalam saingan Piala MFL tanpa sebarang sumbangan di hadapan pintu gol dicatatkan. 

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai persiapan Sabah FC ke saingan separuh akhir zon ASEAN Piala AFC bertemu kelab gergasi Australia, Macarthur FC Februari depan, Kim Swee berkata,  pasukannya mempunyai hampir empat minggu untuk bersiap sedia bagi menghadapi aksi tersebut.

“Yang paling penting di sini adalah untuk kita berusaha dan dalam masa dua minggu ini kita akan berlatih tanpa beberapa pemain terutamanya pemain yang mewakili pasukam Kebangsaan dan Saddil (Ramdani) diberikan tempoh untuk berehat seketika dan akan kembali pada minggu depan.

“Jadi persiapan kita harus berjalan seperti mana yang kita jangkakan,” katanya.

Satu lagi aksi separuh akhir Zon ASEAN bakal menemukan juara A-League musim 2022-2023, Central Coast Mariners dengan kelab Kemboja, Phnom Penh Crown.

Sabah berjaya layak ke separuh akhir Zon ASEAN selepas muncul juara Kumpulan H selepas mengetepikan cabaran Hougang United, Hai Phong dan PSM Makassar.

Seandainya Sabah berjaya melepasi halangan The Bulls, mereka akan beraksi di pentas final Zon ASEAN pada 22 Februari ini. –SABAH MEDIA / FOTO SABAH FC

RELATED ARTICLES
Sukan

Dua import Sabah FC dijangka terlepas peluang beraksi esok

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular