HomeUtamaJurutera daerah, penyelenggaraan dan syarikat konsesi diminta proaktif pantau keadaan jalan raya...

Jurutera daerah, penyelenggaraan dan syarikat konsesi diminta proaktif pantau keadaan jalan raya – Shahelmey

Read Time:1 Minute, 27 Second

Kota Kinabalu : Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah telah mengarahkan pihak konsesi untuk melakukan kerja-kerja pembaikan di laluan Jalan Kampung Jaya Baru Kinabatangan yang telah rosak selain menyukarkan pengguna jalan raya.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, pihaknya turut mengambil maklum terhadap perkara itu yang turut tular dimedia sosial sejak semalam dan telah melakukan perbincangan bersama Pengarah JKR.

“Lanjutan dari perbincangan itu, Pengarah JKR telah mengarahkan pihak konsesi untuk melakukan kerja-kerja pembaikan di kawasan terlibat agar keadaan jalan lebih selamat untuk digunakan. 

“Untuk makluman umum, jajaran jalan Kampung Jaya Baru tersebut adalah termasuk di dalam jajaran lebuhraya Pan Borneo yang akan dinaiktaraf dijangka bermula dalam tahun ini. 

“Keadaan struktur jalan memang sudah uzur dan hanya dapat dipulihkan dengan melaksanakan kerja menaiktaraf secara major (melalui pelaksanaan projek Lebuhraya Pan Borneo kelak). 

“Keadaan cuaca yang basah akibat musim hujan dengan jumlah trafik yang tinggi terus memberi tekanan kepada struktur jalan yang telah lama melebihi had tempoh rekabentuknya (lemah),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Shahelmey yang juga Menteri Kerja Raya Sabah berkata demikian bagi mengulas mengenai keadaan jalan raya di laluan dari Telupid sehingga Batu 32 menuju ke Sandakan yang tular menerusi video semalam.

Katanya, sementara menunggu bermulanya pakej Lebuhraya Pan Borneo tersebut, pihak JKR melalui konsesi yang dilantik diarah untuk melakukan kerja-kerja selenggaraan dan pembaikan berkaitan. 

“Sehubungan dengan ini juga, saya juga telah meminta Pengarah JKR untuk meminta kerjasama semua jurutera daerah dan jurutera penyelengaraan jalan beserta syarikat-syarikat konsesi penyelengaraan jalan untuk sentiasa proaktif dalam memantau keadaan jalan-jalan di bawah jagaan mereka dari masa ke semasa. 

“Laporan-laporan keperluan hendaklah sentiasa dikemaskini untuk tujuan pengurusan dan keperluan memohon peruntukan tambahan sekiranya ianya menjadi kekangan keperluan kerja,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Laluan berhampiran Menara Kinabalu ditutup sebahagian 31 Disember ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular