HomeUtamaBekalan elektrik di Sabah defisit 155MW, dua syarikat IPP tidak mampu bekal...

Bekalan elektrik di Sabah defisit 155MW, dua syarikat IPP tidak mampu bekal tenaga kepada SESB

Read Time:1 Minute, 39 Second

Kota Kinabalu: Bekalan elektrik pada grid Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) kini mengalami ketidakcukupan setelah dua syarikat utama pengeluar tenaga bebas (IPP) tidak dapat beroperasi sepenuhnya.

Pengurus Besar Operator Sistem Grid Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Ir. Adrian Mosigil berkata, syarikat IPP pertama iaitu Kimanis Power Sdn. Bhd terpaksa menutup bekalan 95MW tenaga elektrik bagi memberi laluan kepada proses pemeriksaan (inspection) daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH).

Katanya, penutupan bekalan itu dibuat selama 14 hari sejak 6 Januari sehingga 20 Januari 2024.

“Sebuah lagi syarikat IPP yang menutup bekalan sementara kepada grid SESB ialah Ranhill Powertron Sdn. Bhd akibat masalah high vibration pada gear jana kuasa. Penutupan kecemasan terpaksa dibuat bermula 14 Januari 2024 melibatkan 60MW tenaga elektrik.

“Syarikat Ranhill memaklumkan, kerja-kerja pembaikan memakan masa selama lima hingga enam hari sebelum dapat membekalkan semula tenaga kepada SESB,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Adrian berkata,  setakat bulan Januari tahun ini, SESB mempunyai kapasiti untuk membekalkan tenaga elektrik sebanyak 1,177.3 MW di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Katanya, permintaan tenaga elektrik pada waktu puncak pula direkodkan mencecah sehingga 1,090.73 MW dalam sehari.

“Sehubungan dengan itu, ketidakmampuan Kimanis Power dan Ranhill membekalkan tenaga dalam tempoh ini menyebabkan SESB kehilangan kapasiti sebanyak 155MW tenaga elektrik sekali gus menyebabkan rizab penjanaan sistem grid merosot ke paras yang kritikal.

“Adalah menjadi harapan SESB agar semua IPP yang ada, dapat membekalkan tenaga elektrik yang berkualiti secara konsisten. Ini kerana 80 peratus tenaga yang dibekalkan SESB kepada pengguna adalah dibeli daripada syarikat-syarikat pengeluar tenaga bebas ini. Manakala SESB pula hanya mempunyai kapasiti penjanaan tenaga pada sekitar 20 peratus.

“Setiap ketidakmampuan IPP untuk membekalkan tenaga kepada SESB akan memberikan kesan terhadap rizab margin yang kini berada dibawah paras 12 peratus sekali gus membawa kepada catuan bekalan elektrik,” katanya.

Untuk rekod, Pengendali Sistem Grid atau Grid System Operator (GSO) merupakan sebuah jabatan dalam SESB yang bertanggungjawab untuk mengendalikan sistem grid dengan cara yang selamat, terjamin, sentiasa stabil, dan ekonomi. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular