HomeIsu tempatan20 keluarga di DUN Sook terima kunci Rumah SMJ

20 keluarga di DUN Sook terima kunci Rumah SMJ

Read Time:1 Minute, 13 Second

Sook : Seramai 20 buah keluarga dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sook semalam menerima kunci Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ).

Majlis penyerahan kunci rumah berkenaan disempurnakan Menteri Belia dan Sukan Sabah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sook Datuk Ellron Angin di Kampunt Biah Tengah.

Dari jumlah keluarga yang menerima, seramai lima keluarga terdiri dari penduduk di  Mukim Sook; empat keluarga di Mukim Tiulon; Mukim Dalit (lima keluarga) dan Mukim Ansip (enam keluarga). 

Semua penerima ini merupakan senarai penerima bagi tahun 2022 manakala senarai penerima bagi tahun 2023 dan 2024 sudah ada dan akan dilaksanakan dalam masa yang terdekat. 

Ellron berkata, pihaknya bersyukur apabila satu lagi projek kerajaan negeri yang telah di laksanakan bagi memenuhi keperluan rakyat.

Katanya, seramai 300 lagi pemohon di DUN Sook yang telah layak dalam e-kasih masih menunggu untuk mendapatkan kemudahan ini.

Beliau berharap agar kerajaan negeri meneruskan program ini bagi memenuhi keperluan yang mendesak terutamannya daripada keluarga yang tergolong dalam kategori miskin. 

Selain itu, Ellron turut berharap agar penerima kunci Rumah Mesra SMJ ini menghargai usaha murni daripada kerajaan untuk membantu mereka dengan tidak menyalahgunakan kemudahan ini. 

“Kita juga ingin mengingatkan kepada penerima agar menghayati dan menghargai sumbangan kerajaan negeri dengan tidak menyalahgunakan kemudahan ini seperti menyewakan dengan orang lain dan  ada yang tidak menghuni sama sekali, hal sedemikian akan menghampakan harapan kerajaan negeri.

“Saya berharap perkara sebegini tidak akan berlaku di kawasan DUN Sook,” katanya.  – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

QSB terima kunjungan hormat delegasi Majlis Perniagaan Amerika Syarikat-ASEAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular