HomeUtamaPelarasan Tarif Air Baharu Di Semenanjung, Labuan mulai 1 Feb - SPAN

Pelarasan Tarif Air Baharu Di Semenanjung, Labuan mulai 1 Feb – SPAN

Read Time:1 Minute, 39 Second

KUALA LUMPUR – Pelarasan tarif air akan dilaksanakan di bawah Mekanisme Penetapan Tarif bagi pengguna kategori domestik di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan berkuat kuasa mulai 1 Februari ini.

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) berkata, pelarasan tarif air domestik melibatkan kenaikan purata sebanyak 22 sen bagi setiap meter padu.

“Kenaikan ini masih rendah dan tidak dapat menampung kos sebenar penyediaan perkhidmatan bekalan air sebanyak RM1.75 bagi setiap meter padu berdasarkan rekod sebenar 2022,” kata SPAN dalam satu kenyataan, hari ini.

“Manakala tarif air akan dikaji semula setiap tiga tahun untuk memastikan keselarasan dalam penentuan bayaran.

“Pelarasan tarif air bagi kategori domestik tidak lagi boleh ditangguhkan agar tidak menjejaskan kemapanan industri perkhidmatan air dalam jangka masa panjang.

“Pelaksanaan tarif air ini berdasarkan keperluan dan permintaan Kerajaan Negeri namun Kerajaan Persekutuan melalui SPAN akan memantau secara dekat bagi memastikan
penambahbaikan perkhidmatan air dilaksanakan selaras dengan kenaikan tarif berkenaan,” kata SPAN.

Menurut kenyataan itu, langkah itu mencerminkan kos bekalan air sangat penting bagi membolehkan operator meningkatkan tahap perkhidmatan dalam membekalkan air berkualiti secara berterusan.

“Melalui semakan tarif ini, operator air lebih bersedia untuk membuat pelaburan berterusan bagi membangunkan infrastruktur sistem bekalan air.

“Ini termasuk membina atau menaik taraf loji rawatan air, membuat penggantian paip usang, melaksanakan penyenggaraan secara berkala dan menangani aduan dengan lebih cekap.

“Ia demi menjamin kelangsungan perkhidmatan bekalan air dan sekali gus memenuhi ekspektasi pengguna,” katanya SPAN.

Katanya, bagi meminimumkan impak kenaikan ke atas bil air bulanan rakyat, operator bekalan air di negeri masing-masing disaran untuk meneruskan inisiatif sedia ada.

“Mereka disarankan memberi bantuan kepada pengguna domestik secara bersasar seperti pemberian rebat kepada golongan B40,” katanya.

SPAN turut menyeru semua pengguna untuk bersama-sama mengamalkan penggunaan air secara berhemat.

Antaranya menggunakan produk cekap air di bawah Skim Pelabelan Produk Cekap Air oleh SPAN;

“Pengguna juga disaran memeriksa dan membaiki sebarang kebocoran paip dan pili air di premis masing-masing.

“Pengguna juga digalakkan memasang sistem penuaian air hujan dan penggunaan air kitar semula sebagai sumber air alternatif untuk kegunaan bukan minuman,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Jabatan Perhutanan perlu terus tingkatkan kutipan hasil hutan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya