HomeUtamaPendigitalan pendidikan sekolah-sekolah Putatan terus diperkasa

Pendigitalan pendidikan sekolah-sekolah Putatan terus diperkasa

Read Time:1 Minute, 6 Second

PUTATAN: Pendigitalan dalam sistem pendidikan khususnya di sekolah-sekolah daerah Putatan akan terus diperkasa.

Menurut Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Ir. Shahelmey Yahya, ini penting kerana pendigitalan adalah sangat berkait rapat dengan kehidupan masa kini termasuklah pendidikan.

“Dengan evolusi digital masa kini, kita tidak ingin pelajar-pelajar yang bersekolah di daerah Putatan ketinggalan disebabkan oleh kekurangan prasarana di sekolah masing-masing.

“Melalui sumbangan-sumbangan prasarana seperti ‘Smart TV’ ini diharapkan akan dapat menggalakkan dan membantu pihak sekolah dalam usaha pembelajaran secara digital” ujarnya.

Shahelmey berkata demikian ketika berucap di Majlis penyerahan sumbangan ‘Smart TV’ kepada sekolah-sekolah dalam daerah Putatan di Pejabat Pusat Khidmat Rakyat ADUN N24 Tanjung Keramat, Putatan pada Selasa.

Shahelmey yang juga ahli Parlimen Putatan berkata, pihaknya sentiasa terbuka untuk membincangkan isu-isu pendidikan dalam daerah Putatan demi untuk pembangunan masyarakat.

“Pihak sekolah sentiasalah berkomunikasi dengan kami berhubung apa-apa juga isu pendidikan di dalam Parlimen Putatan agar kita sama-sama dapat membangunkan masyarakat melalui agenda pendidikan” jelasnya.

Untuk rekod, sebanyak 10 buah sekolah dalam daerah Putatan mendapat sumbangan tersebut yang disumbangkan oleh Pejabat Pusat Khidmat Rakyat ADUN N24 Tanjung Keramat.

Turut hadir ialah Awang Mohd Kadir Awang Kanak; Pegawai Pendidikan Daerah Penampang, Mohd Sufian Matin; Setiausaha Politik kepada Timbalan Ketua Menteri III dan Mahadzir Abdul Majid; Pemimpin Pembangunan Masyarakat Tanjung Keramat.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular