HomeUtamaGuru wanita disamun, rugi RM2,000

Guru wanita disamun, rugi RM2,000

Read Time:1 Minute, 5 Second

SANDAKAN: Seorang guru wanita mengalami kerugian dianggarkan RM2,000 apabila menjadi mangsa samun semasa dalam perjalanan ke tempat kerja, dalam kejadian berhampiran simpang masuk Jambatan Merah Jalan Utara dekat sini pada jam 5.30 pagi tadi (16 Jan).

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek berkata, hasil siasatan awal pihak polis mendapati, semasa kejadian mangsa memandu kenderaan bersendirian dari rumahnya di Taman Megah hendak ke tempat kerja di Sekolah Menengah (SM) Sung Siew.

“Tiba di lokasi kejadian, kenderaannya telah dirempuh dari belakang oleh sebuah kenderaan jenis Toyota Camry.

“Mangsa berhenti di tepi jalan, turun dan bertemu dengan pemandu Toyota Camry (suspek) yang telah melanggar kenderaan mangsa.

“Walau bagaimanapun, Pemandu Toyota Camry (suspek) telah memukul mangsa dengan sebatang kayu namun mangsa sempat mengelak dan berlaku pergelutan.

“Suspek berjaya mendapatkan beg tangan mangsa dan melarikan diri menggunakan kenderaannya,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Abdul Fuad, mangsa yang berumur 47 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan telah ke Balai Polis Sandakan untuk membuat laporan polis.

Beliau berkata, pihak polis sedang giat menjalankan usaha mengesan suspek, dan memohon kepada orang awam yang mempunyai maklumat berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Kes Asisten Superintendan (ASP) Kharuddin di talian HP 013-9071709 bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 392/297 Kanun Keseksaan,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Tinjauan di MBCA, teroka khazanah alam tersembunyi – Ghulam

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular