HomeIsu tempatanLima dewan terbuka akan dibina di DUN Lumadan

Lima dewan terbuka akan dibina di DUN Lumadan

Read Time:1 Minute, 5 Second

Beaufort : Sebanyak lima lagi dewan terbuka dijangka akan dibina di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan dengan kos mencecah RM1 juta pada tahun ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan Datuk Ruslan Muharam berkata, kerja-kerja pembinaan dijangka akan dimulakan pada awal April depan.

Katanya, sebanyak RM200,000 diperuntukan pihaknya bagi melaksanakan pembinaan kemudahan seluas 4,000 kaki persegi tersebut.

“Pada tahun 2023, kita telah dapat laksanakan sebanyak tiga buah dewan dan tahun ini, kita mensasarkan sebanyak lima buah lagi pembinaan dewan terbuka dan kita sedang menunggu tapak untuk diwartakan atau diwakafkan.

“Apabila selesai saja proses wakaf tapak, dewan ini jika tiada halangan, InsyaAllah awal April kita akan mulakan kerja-kerja pembinaan Dewan Perpaduan DHRM. Antara lokasi kita cadangkan bagi pembinaan ini adalah di Kampung Karangan, Kampung Lupak, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gadong, Kampung Lawa dan satu lagi masih dalam perbincangan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas meninjau Dewan Perpaduan DHRM Klinik Kesihatan Padas Damit di sini baru-baru ini.

Dewan terbuka di klinik berkenaan yang dibina awal November tahun lalu itu telah siap pada pertengahan Disember dan telah memberi keselesaan kepada pesakit yang mendapatkan rawatan di klinik kesihatan berkenaan.

Ruslan yang juga Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri berkata, beberapa keperluan lain akan ditambah untuk keselesaan pesakit yang menggunakan dewan terbuka itu. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Penduduk Pulau Omadal berterima kasih atas keprihatinan SESB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular