HomeIsu tempatanArifin terima kunjungan PAPIM

Arifin terima kunjungan PAPIM

Read Time:1 Minute, 33 Second

Kota Kinabalu : Persatuan Kebajikan dan Rekreasi Anak-Anak Pimping Kota Kinabalu (PAPIM) mengadakan kunjungan hormat terhadap Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif di sini baru-baru ini.

Kunjungan yang diadakan di pejabat Menteri di Wisma Bandaraya Kota Kinabalu itu diketuai oleh Pengerusi PAPIM, Ahmad Dipong dan turut disertai Timbalan Pengerusi Pengiran Othman Pengiran Gamok, Setiausaha Nismah Kanak dan Penolong Setiausaha, Ali Hussein Matnoor.

Turut bersama dalam kunjungan itu beberapa AJK, Mohd Amin Muin, Ag Ghazali Ag Ghani@ Tuan Carlos, Dayang Rayanih Ag Hamit, Ag Mohd Zainal Jailani dan Ali Omar Salleh. Turut bersama Pegawai Khas Menteri,Mohd Aris Mohd Arif.

Dalam kunjungan itu, Ahmad berkata, PAPIM ditubuhkan untuk mengukuhkan lagi silaturrahim dalam kalangan ahli-ahlinya dan seluruh anak- anak Kampung Pimping yang berada di kawasan Pantai Barat khususnya di Kota Kinabalu.

Katanya, PAPIM juga berhasrat untuk menjaga kebajikan ahli-ahlinya serta keluarga yang terdekat.

Beliau berkata, PAPIM yang ditubuhkan hampir dua tahun lalu itu juga telah membantu menjayakan beberapa program amal dan kebajikan yang dilaksanakan di Kampung Pimping.

Antaranya seperti menghulurkan bantuan kepada ahli dan penduduk kampung yang berdepan musibah.

Ahmad berharap lebih ramai lagi anak- anak Kampung Pimping yang berada dari Kinarut hingga ke Tuaran menjadi ahli kepada persatuan yang berdaftar ini.

Beliau berkata beberapa aktiviti dirancang untuk mengumpulkan anak-anak Pimping dalam satu majlis silatulrahim sambil meneruskan kempen penambahan ahli.

Beliau juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada Arifin yang juga Wakil Rakyat Membakut kerana sudi menerima kunjungan itu dan menerima pelantikan sebagai Penasihat PAPIM.

Mohd Arifin dalam ucapannya menyambut baik penubuhan PAPIM dan berharap persatuan ini akan terus bergerak aktif bukan saja untuk ahli-ahlinya tetapi mengukuhkan ikatan silatulrahim dengan semua anak-anak Pimping yang berada di Pantai Barat ini.

“Sebagai anak-anak kampung yang tinggal di bandar kita perlu terus berhubung dan mengukuhkan ikatan persaudaraan di mana juga kita berada,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Pesta Kaamatan landasan terbaik kukuhkan ikatan perpaduan merentasi agama, bangsa dan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular