HomeUtamaJKNS siasat dakwaan kecuaian rawatan ibu bersalin secara pembedahan di Hospital Tawau

JKNS siasat dakwaan kecuaian rawatan ibu bersalin secara pembedahan di Hospital Tawau

Read Time:1 Minute, 54 Second

Kota Kinabalu : Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) akan menjalankan siasatan terperinci terhadap dakwaan berlaku kecuaian dalam proses rawatan seorang ibu baru bersalin secara pembedahan di Hospital Tawau baru-baru ini.

Pesakit terbabit dikatakan mengalami kesakitan selepas beberapa hari keluar wad sehingga terpaksa dibedah semula sebelum dikesan mengalami jangkitan kuman.

Pengarah JKNS Datuk Dr Asits Sanna berkata, pihaknya mengambil perhatian serius terhadap aduan berkenaan dan akan menjalankan siasatan dengan terperinci dan telus berkenaan isu tersebut.

“Susulan itu, pihak pengadu telah dihubungi dan telah diberikan maklum balas awal berkenaan perkara yang dibangkitkan dalam hantaran tersebut.

“Satu pasukan penyiasat juga telah ditubuhkan bagi menyiasat dan meneliti isu berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Maklum balas itu adalah berkaitan satu hantaran di akaun Facebook dipercayai milik kepada suami seorang pesakit ini mengandung yang mendapatkan rawatan di Hospital Tawau akhir tahun lalu.

Dr Asits berkata, semakan rekod perubatan pesakit di Hospital Tawau, pesakit yang berumur 34 tahun dengan usia kandungan kembar 31 minggu telah hadir ke pusat kemasukan pesakit, Jabatan Obstetrik &dan Ginekologi Hospital Tawau pada jam 7 malam 31 Disember lalu selepas mengalami tanda-tanda bersalin.

Katanya, setelah pemeriksaan dibuat oleh petugas kesihatan, pesakit disarankan untuk menjalani pembedahan kecemasan ‘Caeserian Section memandangkan kandungan beliau adalah pramatang dan risiko uri berkedudukan rendah.

“Pembedahan yang dijalankan ke atas pesakit berjaya dan beliau berserta kedua-dua bayi kembar dimasukkan ke wad untuk pemantauan lanjut. Pesakit telah discaj dari Wad Materniti pada hari ketiga selepas pembedahan iaitu 2 Januari 2024 dalam keadaan stabil.

“Bagaimanapun, pesakit telah hadir semula ke Jabatan Kecemasan  dan Trauma Hospital Tawau pada 6 Januari 2024 setelah mengalami demam selama dua  hari dan sakit di bahagian abdomen.

“Setelah pesakit dilihat dan dirawat oleh Pakar Perubatan Obstetrik dan Ginekologi bersama Pakar Bedah, pesakit dinasihatkan untuk menjalani pembedahan ‘Exploratory Relaparotomy bagi menyiasat dan mencari punca sakit ini. Pesakit dan suami kemudiannya telah bersetuju untuk pembedahan,” katanya.

Hasil pembedahan itu katamua, pasukan pakar mendapati terdapat komplikasi jangkitan kuman di bahagian rahim yang menyebabkan jahitan bedah pada rahim terbuka serta mengakibatkan jangkitan kuman pada rongga abdomen pesakit.

“Pembaikan dan penjahitan semula bedahan rahim berkenaan telah berjaya dilaksanakan oleh pasukan pakar berkenaan. Terkini, pesakit berada dalam keadaan stabil di bawah pemantauan rapi pasukan perubatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk pemantauan dan rawatan lanjut,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular