HomeUtamaSabah negeri pertama perkenal sijil digital perkahwinan, penceraian dan ruju’

Sabah negeri pertama perkenal sijil digital perkahwinan, penceraian dan ruju’

Read Time:1 Minute, 45 Second

Kota Kinabalu : Sabah menjadi negeri pertama memperkenalkan sijil digital perkahwinan, penceraian dan ruju’ kepada pasangan yang bernikah di negeri ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, inisiatif itu adalah bagi memudahkan urusan masyarakat dalam urusan kekeluargaan, perkahwinan dan sebagainya.

Katanya, ia juga mempunyai ciri keselamatan yang terjamin selain dapat menghalang kepada pemalsuan sijil perkahwinan, penceraian dan ruju’.

“Hari ini kita mengadakan Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan syarikat yang mengendalikan digitalisasi ini.

“Kita merupakan antara yang terawal memperkenalkan kaedah ini dan sudah tentu ianya dapat memudahkan urusan kekeluargaan dan ianya selamat digunakan.  Ini adalah antara perkara yang disaraknakn oleh Ketua Menteri iaitu kearah memperkasa Kerajaan digital di Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyaksikan Majlis Menandatangani MoU Perkhidmatan Public Key Infrastructure (KPI) di antara MUIS, JHEAINS dan Pos Digicert Sdn Bhd di sini hari ini.

Arifin yang juga Exco Agama dan Pendidikan Sabah berkata, inisiatif pengurusan digital ini juga akan dikembangkan menerusi bidang-bidang lain khususnya melalui kariah masjid, imam dan lain-lain.

“Dengan usaha ini, kita yakin ianya dapat memudahkan urusan umat Islam dan diharap juga ianya akan dapat memberi manfaat untuk semua dan kitab oleh laksanakan dalam tahun ini,” katanya.

Digitalisasi urusan perkahwinan penduduk Islam Sabah adalah antara usaha yang dilaksanakan oleh Kerajaan melalui kerjasama di antara JHEAINS dan Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri Sabah bagi meningkatkan penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada masyarakat.

Sijil nikah digital adalah penghasilan sijil nikah secara elektronik atau dalam talian dimana pemohon atau agensi yang berkaitan tidak lagi memerlukan pengesahan bertulis daripada pihak JHEAINS.

Ini kerana sijil digital ini mempunyai ciri-ciri keselamatan yang merujuk kembali kepada pangkalan data perkahwinan penduduk negeri Sabah yang diletakkan di pusat data kerajaan negeri Sabah.

Antara tiga ciri keselamatan yang terdapat dalam sijil digital ini ialah secured qr code, tandatangan digital ketua pendaftar perkahwinan, perceraian dan ruju’ orang Islam negeri Sabah dan cop mohor JHEAINS.

Pengesahan sijil digital ini menggunakan perisian adobe reader, aplikasi mobile yang dibangunkan oleh posdigicert iaitu posdigicert secured qr. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

ESSCOM bakal lancarkan aplikasi ‘Friends Of Sabah’

Mahkamah Kota Kinabalu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular