HomeUtamaPLAB Sungai Moyog dijangka siap hujung tahun ini

PLAB Sungai Moyog dijangka siap hujung tahun ini

Read Time:1 Minute, 19 Second

Putatan : Projek Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Moyog Pakej 3 dijangka akan siap pada 31 Disember ini.

Bagi memastikan kelancaran projek berkenaan, Timbalan Perdana Menteri II Datuk Seri Fadillah Yusof yang dalam rangka lawatan dua hari ke Sabah mengadakan pemantauan serta lawatan di sini, hari ini.

Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam diiringi Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick dan Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Limus Jury.

Kerajaan Persekutuan yakin dengan siapnya projek PLSB Sungai Moyog berkenaan akan memberi impak kepada 38,000 penduduk di sekitar dengan mengurangkan 2,750 hektar kawasan dari ancaman ditenggelami banjir sepertimana yang pernah berlaku sebelum ini.

Pelaksanaan PLSB Sungai Moyog itu merupakan inisiatif Kerajaan Persekutuan bagi mengurangkan keluasan kawasan yang dilanda banjir di dalam lembangan Sg. Moyog terutama di kawasan Kepayan, Pekan Kibabaig, Pekan Donggongon, dan Pekan Putatan serta untuk meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup bagi penduduk di kawasan terlibat.

Projek yang dilaksanakan menggunakan peruntukan Persekutuan berkenaan melibatkan keseluruhan peruntukan berjumlah RM131 juta dilaksanakan secara berfasa menerusi kontraktor yang dilantik iaitu Korporat Muda Sdn. Bhd mulai 12 Jun 2017 dan dijangka siap pada 31 Disember ini.

Sehingga hari ini, kemajuan semasa fizikal projek adalah 82.02 peratus dengan baki kerja utama yang masih dalam pelaksanaan melibatkan isu pengambilan tanah dan isu utiliti Telekom Malaysia.

Kerajaan Persekutuan sentiasa prihatin dan cakna dalam memastikan kelestarian dalam pelaksanaan projek-projek Kerajaan untuk memastikan impak yang maksima kepada rakyat Sabah.

Pemantauan yang komprehensif dan berterusan merupakan kunci utama kepada pembangunan negara yang seimbang selaras dengan hasrat Perdana Menteri menerusi Gagasan berteraskan konsep Malaysia Madani.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular