HomeEkonomiMenoktahkan isu 'Games' Di Dalam Bernas Untuk Jaminan Keselamatan Makanan Negara

Menoktahkan isu ‘Games’ Di Dalam Bernas Untuk Jaminan Keselamatan Makanan Negara

Read Time:2 Minute, 34 Second

Oleh Nahar Tajri

Apabila Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu memberi jaminan bahawa kerajaan menyiasat bahawa wujud ‘games’ (permainan) tertentu didalam Padiberas Nasional (Bernas) berkaitan isu stok beras putih tempatan ianya pasti mengundang seribu lagu persoalan mengenainya.

Antara persoalan di minda rakyat kepada kerajaan hari ini adalah siapa atau agensi mana yang menjalankan siasatan, dari sudut mana atau apa pula skop siasatan yang dijalankan serta pastinya fokus akhir sekali yang rakyat mahu tahu apakah hasil siasatan dan cadangan penyelesaiannya dan jika berlaku pula ketirisan adakah pendakwaan akan dilakukan

Ini kerana ‘games’ yang dimaksudkan itu di mata rakyat sudah diperkatakan banyak pihak menjangkau bertahan tahun lamanya.

Wujudnya firma sepeti Bernas walaupun atas tujuan yang sangat positif namun sehingga hari ini ia masih dilihat sebagai pihak yang memonopoli industri padi beras dengan mendapat restu kerajaan walaupun terdapat banyak impak negatif berlaku terkait firma berkenaan .

Rakyat kebanyakan tidak melihat isu ini secara rumit dan lebih mudah untuk menuding jari kepada Bernas atas dasar monopoli yang diwujudkan dan dibenarkan kerajaan.

Soalnya perlukah kerajaan memecahkan monopoli itu atau meneruskannya dan apa perancangan kerajaan sebenarnya.

Boleh dikatakan bagi kebanyakan rakyat yang tiada pengetahuan mengenai pengurusan dan tata kelola kerajaan berkenaan isu ini, sasaran paling mudah untuk dipertanggungjawabkan adalah Bernas.

Sebagai firma yang diberi hak monopoli Bernas dilihat rakyat mendapat banyak keistimewaan namun masih belum mampu menyelesaikan banyak masalah berkaitan terutamanya berkait soal harga dan stok dalam pasaran.

Kerajaan sehingga kini juga dilihat belum mempunyai sebarang perancangan untuk mengubah polisi mengenai pengimportan beras dan Bernas masih merupakan pengimport tunggal dalam negara untuk tempoh sehingga 2031.

MENOKTAHKAN KEPUTUSAN

Sebenarnya tidak mudah bagi kerajaan untuk menamatkan monopoli Bernas kerana kontraknya baru sahaja diperbaharui oleh pentadbiran Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Januari 2021.

Benar jika ada pihak yang mengatakan bahawa pemberian lesen tunggal (monopoli) bukan semestinya punca masalah namun ia sebenarnya sentiasa dicurigai terkait dengan amalan nepotisme.

Istilah monopoli memberi gambaran struktur persaingan tidak sihat kerana firma yang memonopoli mempunyai kuasa mutlak menentukan harga dan bekalan atas tujuan memaksimunkan keuntungan.

Secara teorinya sistem monopoli ini cenderung melaksanakan diskriminasi ke atas pembeli dengan mengenakan harga berbeza kepada segmen pengguna berbeza berdasarkan keanjalan permintaan pengguna terhadap perubahan harga.

Pembeli yang tidak mempunyai pilihan lain, akhirnya mereka terpaksa membayar harga lebih tinggi dan membebankan.

Dari sudut ekonomi struktur monopoli mempunyai kewajarannya tersendiri maka ia dibenarkan untuk wujud.

Dalam sektor padi beras ini misalnya memerlukan skala pelaburan dan permintaan besar bagi membolehkan sesebuah firma mengeluarkannya tanpa mengalami kerugian.

Ada pihak yang berapandangan industri padi beras ini secara semula jadi tidak mampu menampung lebih daripada satu pengeluar dan dalam keadaan ini mewujudkan satu firma monopoli berdasarkan kepentingan strategik adalah wajar.

Sungguhpun begitu adalah wajar juga bagi kerajaan untuk melakukan siasatan berikutan isu yang berlarutan sejak puluhan tahun lamanya.

Tiada arah lain hala siasatan ini harus ditujukan melainkan Bernas kerana di mata dan minda rakyat mereka ingin mengetahui apa sebenarnya berlaku? Benarkah ada ruang atau kelompongan dalam isu monopoli oleh Bernas ini yang perlu ditambahbaik atau perlu diambil tindakan oleh kerajaan.

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili SabahMedia

RELATED ARTICLES
Utama

Tun Musa berjaya bangunkan ekonomi Sabah – Arif Sakaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular