HomeUtamaMOT sokong inisiatif buka permit laluan feri antarabangsa Kudat - Palawan

MOT sokong inisiatif buka permit laluan feri antarabangsa Kudat – Palawan

Read Time:1 Minute, 18 Second

BERNAMA

Kudat : Kementerian Pengangkutan (MOT) menyokong inisiatif membuka permit laluan feri antarabangsa untuk laluan Kudat-Pulau Palawan (Filipina) bagi meningkatkan sektor pelancongan di daerah berkenaan.

Menterinya,  Anthony Loke, berkata cadangan yang diutarakan Ahli Parlimen Kudat, Datuk Verdon Bahanda itu perlu direalisasikan untuk pembangunan sesioekonomi di kawasan berkenaan yang terletak kira-kira 200 kilometer dari pusat bandar Kota Kinabalu.

“Verdon telah kemukakan cadangan ini di Dewan Rakyat tahun lepas mengenai perhubungan laut antara Kudat dan Palawan, dari situ lahir perbincangan mengenai bagaimana merealisasikan perkara berkenaan.

“Sebenarnya saya tidak tahu dekat mana Palawan, namun selepas soalan itu ditanya saya pun buat kajian dan sebagainya,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Program (MyLesen) 2024 Parlimen Kudat, di sini semalam.

Pulau Palawan terletak di Filipina berkeluasan 1.7 juta hektar merupakan destinasi pelancongan utama yang tumpu pada aktiviti penyelaman dan aktiviti lain untuk dikunjungi.

Selain itu, ia terkenal dengan tapak UNESCO Puerto Princesa Subterranean River National Park dan pulau berkenaan kaya dengan alam semula jadi, pantai yang indah, kawasan terumbu karang dan tumbuh-tumbuhan unik serta keramahan penduduknya.

Mengulas lanjut, Loke berkata sekiranya cadangan itu dapat direalisasikan ia sudah tentu dapat membawa pembangunan ekonomi besar kepada Sabah.

“Untuk merealisasikan cadangan berkenaan banyak pertimbangan yang perlu kita lihat antaranya pertimbangan keselamatan, ekonomi, dan laluan laut. Semuanya saya rasa faktor positif yang boleh kita sama-sama bangunkan Kudat sebagai puntu masuk yang penting untuk Sabah dan Malaysia.

“Jadi saya menyokong apa yang dihasratkan dan saya akan memainkan peranan untuk membantu mana yang boleh untuk merealisasikan potensi ini,” katanya.- BERNAMA / FOTO FB VERDON BAHANDA

RELATED ARTICLES
Utama

Arab Saudi nasihat umat Islam tidak terpedaya dengan iklan palsu haji...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular