HomeLuar negaraLebih 98,000 warga Indonesia di Sabah layak mengundi calon presiden baharu

Lebih 98,000 warga Indonesia di Sabah layak mengundi calon presiden baharu

Read Time:1 Minute, 38 Second

Kota Kinabalu : Seramai lebih 98,000 warga Indonesia yang direkodkan bekerja di negeri ini bakal mengundi untuk Pemilihan Umum Presiden republik itu yang dijadual pada 14 Februari depan.

Konsul Jeneral Republik Indonesia di Kota Kinabalu, Rafail Walangitan, berkata bagi pengundian di luar Indonesia, undi suara pemilih berdaftar negara itu akan dibuat lebih awal iaitu pada 11 Februari.

Bagi di Sabah, katanya kira-kira 400 tempat pengundian akan dibuka pada 11 Februari termasuk di kawasan ladang, selain di pejabat konsulat dan Sekolah Indonesia di negeri ini.

“InsyaAllah pada 11 Februari depan pemerintah Republik Indonesia atau Konsulat Jeneral Republik Indonesia (KJRI) di Sabah akan mengadakan pilihan raya.

“Dianggarkan lebih 98,000 warga negara Indonesia di Sabah mempunyai hak untuk memilih dalam pilihan raya ini,” katanya ditemui pemberita selepas perjumpaan bersama media Sabah, di sini baru-baru ini.

Katanya, bagi di Kota Kinabalu, pengundian dibuat di pejabat KJRI di Karamunsing, di sini, selain di Sekolah Indonesia Kota Kinabalu yang terletak di Sepanggar.

Beliau berharap rakyat Indonesia yang berada di Sabah dapat menunaikan hak masing-masing untuk membuat pilihan pemimpin yang bakal menerajui kepemimpinan negara itu.

“Tarikh 11 Februari itu jatuh pada hari Ahad, jadi kita berharap ia memudahkan warga Indonesia di Sabah yang layak untuk mengundi dapat memberikan hak suara mereka,” katanya.

Selesai proses pengundian pada 11 Februari, kertas undi dari setiap pusat pengundian akan dikumpul untuk dikira pada 14 Februari.

Secara keseluruhan, lebih 200 juta rakyat Indonesia di seluruh wilayah negara itu layak untuk mengundi pada pilihan raya berkenaan.

Pemilihan Presiden Indonesia bagi tempoh 2024 – 2029 menyaksikan tiga gandingan calon Presiden dan calon Naib Presiden bersaing untuk memenangi pilihan raya itu bagi menggantikan Presiden Joko Widodo atau Jokowi dan Naib Presiden, Ma’ruf Amin yang akan tamat tempoh penggal pada 20 Oktober depan.

Gandingan Menteri Pertahanan Indonesia, Prabowo Subianto dan anak Jokowi, Gibran Rakabuming Raka masing-masing sebagai calon Presiden dan calon Naib Presiden adalah antara nama pemimpin yang menghangatkan kempen pemilihan umum presiden negara jiran itu.- SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Kerajaan Semak Semula Arahan MKN No 20 Untuk Mantapkan Mekanisme Pengurusan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya