HomeUtamaAgong, Raja Permaisuri istimewa di hati rakyat Sabah

Agong, Raja Permaisuri istimewa di hati rakyat Sabah

Read Time:45 Second

Kuala Lumpur: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sentiasa diingati rakyat Sabah sebagai pasangan diraja yang berjiwa rakyat.

Ia terbukti semasa lawatan Agong, dan Raja Permaisuri ke negeri ini sempena Kembara Kenali Borneo pada September lalu yang mendekatkan Seri Paduka berdua dengan rakyat Sabah dari semua lapisan masyarakat.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, rakyat Sabah pastinya mengingati Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah.

“Kedua-dua Seri Paduka dilihat penuh dengan rasa prihatin apabila mendekati rakyat yang berada dalam keadaan susah.

“Bagi pihak kerajaan negeri, kami mengucapkan terima kasih atas segala jasa mereka kepada negara dan mengucapkan selamat sejahtera kepada mereka dan keluarga,” katanya.

Hajiji berkata demikian selepas menghadiri Majlis Jamuan Negara sempena tamat tempoh pemerintahan Al-Sultan Abdullah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 di sini Sabtu lalu. FOTO JKM

RELATED ARTICLES
Utama

2 Anggota Polis Ulu Tiram Terbunuh, Penyerang Ditembak Mati

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular