HomeUtamaBomba selamatkan peluncur udara dari Korea tersangkut atas pokok

Bomba selamatkan peluncur udara dari Korea tersangkut atas pokok

Read Time:1 Minute, 3 Second

KOTA KINABALU: Seorang peluncur udara dari Korea tersangkut di atas pokok setinggi lebih 40 meter selepas hilang kawalan semasa menjalankan aktiviti luncur udara di Bukit Kokol Menggatal pada tengahari tadi. (28 Jan)

Bagaimanapun, mangsa yang berusia 50 tahun itu telah diselamatkan pasukan Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas dan mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.51 petang tadi mengenai seorang mangsa lelaki yang menjalankan aktiviti luncur udara telah hilang kawalan dan tersangkut di atas pokok setinggi 40-50 meter.

Peluncur udara Korea tersangkut atas pokok di ketinggian 40-50 meter di Bukit Kokol Menggatal. – Foto ihsan JBPM Sabah

“Pasukan Bomba bertindak ke lokasi mangsa bersama pemilik tanah dan seorang juru pandu arah (guide) sejauh lebih 1 kilometer perjalanan dari kawasan mangsa mula berlepas (take off).

“Setibanya di lokasi mangsa, pasukan bomba menjalankan operasi penyelamatan dengan menggunakan Sistem Lowering (kaedah menurunkan mangsa).

“Mangsa berjaya diturunkan dalam keadaan selamat pada jam 4.12 petang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, mangsa mendapat pemeriksaan oleh pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) di lokasi kejadian.

“Mangsa dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan dan operasi ditamatkan pada jam 4.50 petang,” tambah kenyataan itu.

RELATED ARTICLES
Utama

2 Anggota Polis Ulu Tiram Terbunuh, Penyerang Ditembak Mati

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular