HomeUtama10 daerah di Sabah perintis pelaksanaan pemeriksaan kesihatan percuma

10 daerah di Sabah perintis pelaksanaan pemeriksaan kesihatan percuma

Read Time:1 Minute, 57 Second

Kota Kinabalu : Pemeriksaan kesihatan secara percuma untuk rakyat di negeri ini akan mula dilaksanakan di 10 buah daerah di Sabah dan melibatkan semua golongan B40 dan M40.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk James Ratib berkata, inisiatif yang dilaksanakan menerusi kementeriannya itu adalah sebahagian daripada Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

“Program ini sangat baik dimana ianya dapat memberi pemeriksaam kesihatan percuma kepada rakyat Sabah tidak kira kaum, bangsa,agama dan sebagainya, sama ada di bandar atau pun luar bandar.

“Pemeriksaan ini juga adalah sebahagian daripada program hala tuju SMJ dan ianya dilaksanakan menerusi kementerian saya juga nasihat Ketua Menteri kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri majlis amanat menteri dan sambutan tahun baru cina di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini.

James berkata, semua golongan B40 dan M40 di negeri ini layak untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan percuma menerusi program bergerak yang dilaksanakan kerajaan negeri ini dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS).

Katanya, perkhidmatan itu yang akan dikendalikan syarikat dilantik kerajaan negeri dan dijangka akan dimulakan pada Mei depan.

“Ketua Menteri amat setuju dengan program ini kerana selama ini rakyat di Sabah kadang-kadang mereka anggap pemeriksaan kesihatan itu tidak penting tetapi sebenarnya kalau satu-satu penyakit itu boleh dikesan awal, kita boleh cari jalan untuk mengubatinya,” katanya.

Sempena majlis itu, satu memorandum persefahaman (MoU) turut ditandatangani di antara Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah dengan syarikat Borneo Sinarmas yang akan mengendalikan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan bergerak itu.

Minggu lalu, Ketua Menteri mengumumkan persetujuan Kabinet negeri terhadap inisiatif pemeriksaan kesihatan secara percuma itu yang akan dilaksanakan secara berperingkat di semua daerah.

James berkata pihaknya sudah menyediakan sebanyak 10 makmal bergerak bagi melaksanakan pemeriksaan kesihatan di 10 daerah perintis, antaranya Kota Marudu, Ranau, Beluran dan daerah di pantai timur sebelum diperluaskan ke semua 28 daerah seluruh negeri.

Katanya, pemeriksaan kesihatan itu membolehkan rakyat di negeri ini mengambil langkah sewajarnya jika dikesan mengalami masalah kesihatan tertentu, termasuk dibantu untuk mendapatkan rawatan di klinik atau hospital.

“Contohnya, kalau seseorang itu dikesan ada penyakit tibi, kita buat laporan kepada klinik atau hospital berdekatan mengenai masalah kesihatan yang dialaminya kerana program ini ada kolaborasi dengan JKNS.

“Pemeriksaan terbuka kepada semua golongan B40, M40, orang tua atau muda. Tiada sebarang temujanji diperlukan, tapi kita akan sediakan jadual pergerakan di lokasi mana ia berada pada tarikh tertentu,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular