HomeUtamaKekalkan jururawat di Sabah, jangan ditukar ke negeri lain - James

Kekalkan jururawat di Sabah, jangan ditukar ke negeri lain – James

Read Time:1 Minute, 5 Second

Kota Kinabalu : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) diminta untuk terus mengekalkan jururawat yang bertugas di negeri ini dan tidak ditukar ke Semenanjung atau Sarawak selepas mendapat kenaikan pangkat.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk James Ratib berkata, Sabah memerlukan lebih ramai jururawat terlatih untuk ditempatkan di hospital dan klinik di negeri ini.

“Saya telah maklumkan kepada menteri agar jururawat yang sudah disahkan jawatan agar tidak menukarkan mereka ke Semenanjung atau Sarawak sedangkan Sabah ini juga kekurangan perjawatan jururawat.

“Kalau mereka kata tiada kekosongan,, mustahil di Sabah tiada kosong bagi perjawatan berkenaan.  Jadi saya minta supaya orang Sabah jangan dipindah ke Sarawak atau Semenanjung, kekalkan di Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Amanat Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini semalam.

James berkata demikian bagi mengulas isu kekurangan perjawatan jururawat di negeri Sabah pada ketika ini.

Beliau turut meninta agar semua gred perjawatan yang ada di negeri ini tidak di bawa ke Semenanjung atau ke negeri lain..

“Kita juga mahu jawatan atau kemahiran yang ada di Sabah jangan dibawa ke Semenanjung.  Kecuali pakar-pakar yang susah itu mungkin boleh dipertimbangkan tetapi kalau seperti gred 52, 54, 48, 44 ini saya minta jangan ditarik ke Semenanjung, kekalkan di Sabah,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Jual paku simen 20 sen sebatang, peniaga warga asing terima notis...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular