HomeUtamaHajiji hadir istiadat angkat sumpah Yang di-Pertuan Agong ke-17

Hajiji hadir istiadat angkat sumpah Yang di-Pertuan Agong ke-17

Read Time:36 Second

Kuala Lumpur: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menghadiri Istiadat Melafaz Sumpah dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 bagi tempoh lima tahun di Istana Negara.

Istiadat Melafaz dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan terbabit diadakan pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-264 (Khas) di Balairung Seri.

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menamatkan tempoh pemerintahannya sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Januari lalu.

Pada istiadat sama turut menyaksikan Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, mengangkat sumpah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh yang sama.

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Safar Untong mengiringi Hajiji ke majlis istiadat berkenaan. – SABAH MEDIA / FOTO JKM

RELATED ARTICLES
Utama

JENDELA : Capaian internet catat peningkatan bagi kawasan berpenduduk

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular