HomePendapatKurangkan penglibatan GLC yang tidak beri untung kepada Kerajaan Negeri

Kurangkan penglibatan GLC yang tidak beri untung kepada Kerajaan Negeri

Read Time:5 Minute, 51 Second

Oleh Wan Azrain Adnan

1. Tidak lama dahulu, Ketua Menteri Sabah di laporkan telah melahirkan kekecewaan kerana jumlah dividen yang di bayar oleh badan berkanun dan Syarikat Berkaitan Kerajaan/ Government-Linked Company (GLC) negeri Sabah telah merosot 8.8% kepada RM 138.7 juta (sehingga Oktober 2023), berbanding tahun sebelumnya.

2. Antara GLC Sabah yang telah membayar dividen tersebut termasuklah: SMJ Sdn Bhd (RM 50 juta), Sabah Credit Corporation (RM 17 juta), KKIP Sdn Bhd (RM 12 juta), Sabah Energy Corporation Sdn Bhd (RM 12 juta), Innoprise Corporation Sdn Bhd (RM 3.568 juta), Desa Plus Sdn Bhd (RM 2 juta), Sabah International Dairies Sdn Bhd (RM 1 juta), Sabah Air Aviation Sdn Bhd (RM 305,210), Keningau Agro-Venture Sdn Bhd (RM 500,000).

3. Menteri Kewangan Sabah pula pernah di laporkan berkata bahawa terdapat lebih banyak GLC Sabah yang mengalami kerugian daripada yang mencatat keuntungan. Daripada jumlah 100 GLC Sabah, hanya sebahagian kecil sahaja yang mencatatkan keuntungan untuk Kerajaan Sabah.

4. Tambahan lagi, semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Menteri Kewangan Sabah ada menyatakan bahawa GLC Sabah mempunyai baki hutang sejumlah RM 2.2 billion kepada Sabah Development Bank, setakat Suku Ke-3 Tahun 2023. 

Sebahagian besar baki hutang tersebut merupakan pinjaman oleh GLC yang kini tidak mempunyai kemampuan untuk membuat pembayaran balik, dan kerugian ini akhirnya terpaksa di tanggung oleh Kerajaan Sabah.

5. Sebarang kerugian yang di catatkan oleh GLC Sabah bukan sahaja menjadi beban kewangan kepada Kerajaan Sabah, malah merencatkan agenda pembangunan Sabah. Akhirnya, rakyat Sabah juga yang sengsara.

6. Daripada laporan-laporan di media massa, kegagalan GLC, samada di peringkat persekutuan ataupun negeri, selalunya berpunca dari dua perkara utama, iaitu: kelemahan tadbir urus dan campur tangan pihak luar di dalam aktiviti GLC. 

Malah, GLC sering di perkudakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sebagai lubuk untuk mengaut keuntungan demi kepentingan diri sendiri.

7. Untuk sekian lama, sejarah menunjukkan pelbagai GLC di peringkat persekutuan dan negeri yang tidak di uruskan dengan baik, dan akhirnya menyebabkan kerugian berjumlah puluhan billion ringgit. Pada masa yang sama, sejarah juga menunjukkan perkara sebegini berlaku berulang-ulang kali, seolah-olah tiada apa yang di pelajari. 

8. Sejurus mengambil alih kepimpinan Kerajaan Sabah pada tahun 2020, Ketua Menteri Sabah telah mengarahkan semakan ke atas semua agensi dan GLC negeri Sabah, sebagai satu usaha untuk meningkatkan ekonomi Sabah. Beliau menyatakan bahawa masalah GLC di Sabah telah berlaku selama berdekad-dekad sebagai gajah putih dan telah gagal mencapai matlamat.

9. Mungkin banyak GLC di Sabah di tubuhkan lama dahulu semasa situasi ekonomi dan sosial di Sabah berbeza dari sekarang. Ketika itu, ramai rakyat Sabah masih tidak memiliki kemahiran, pengetahuan dan keupayaan untuk membina komuniti dan eko-sistem perniagaan yang berdaya-saing, yang dapat menyumbang kepada pembangunan Sabah. Justeru itu, Kerajaan Sabah terpaksa menubuhkan pelbagai GLC untuk membantu kerajaan melaksanakan agenda pembangunan Sabah.

10. Fast forward beberapa dekad. Tidak di nafikan Sabah masih lagi di bebani dengan pelbagai isu legasi yang kritikal, termasuklah infrastruktur awam seperti jalan-raya, air, elektrik dan sekolah yang daif dan tidak mencukupi. Usaha untuk membetulkan kelemahan dan kesilapan terdahulu sudah pasti akan mengambil masa yang lama. 

11. Namun begitu, dalam tempoh tersebut berdepan dengan cabaran isu-isu legasi, agenda pembangunan modal insan telah berjaya melahirkan ramai rakyat Sabah yang memiliki pengetahuan dan kemahiran tinggi, yang sedia berbakti kepada bumi Sabah. Mereka dahagakan peluang pekerjaan dan perniagaan untuk bersama Kerajaan Sabah merealisasikan agenda pembangunan ekonomi dan sosial Sabah.

12. Kejayaan ini adalah hasil ‘pelaburan’ terus-menerus yang di buat oleh Kerajaan Sabah. Sebagai contoh. Pada tahun 2023, Kerajaan Sabah telah memperuntukkan biasiswa berjumlah RM 101 juta untuk membiayai pengajian anak Sabah di institusi pengajian tinggi, melibatkan 4,638 pelajar. Ini merupakan peningkatan sebanyak 84%, berbanding dengan peruntukan RM 55 juta pada tahun 2022. Peruntukan biasiswa ini adalah selaras dengan agenda pembangunan modal insan di bawah Sabah Maju Jaya.

13. Justeru itu, dengan lebih ramai rakyat Sabah yang berkelayakan dan berupaya, Kerajaan Sabah wajar meneliti semula peranan kerajaan di dalam ekonomi negeri dan juga di dalam perniagaan. Ini termasuklah mengkaji mandat semua GLC sediada, samada GLC berkenaan masih relevan dengan situasi semasa, dan masih memerlukan penglibatan kerajaan di dalam sektor-sektor ekonomi negeri.   

14. Secara am-nya, peranan kerajaan di dalam ekonomi terbahagi kepada tiga perkara:

 pengawal-selia/ regulator: mengawal selia ekonomi dengan menggubal dan mengguat-kuasa undang-undang serta peraturan agar sektor ekonomi dapat berfungsi dengan baik dan teratur

 pemudah-cara/ facilitator: memudah-cara sektor ekonomi dengan menyediakan eko-sistem yang kondusif seperti – geran/ pembiayaan perniagaan, penggalakkan pasaran, latihan

 pemegang saham/ shareholder: melibatkan diri di dalam perniagaan dengan memegang saham di dalam syarikat komersil/ GLC

15. Kerajaan wajar menumpukan usaha sebagai regulator dan facilitator yang cekap, efektif dan inovatif. Manakala peranan sebagai shareholder sewajarnya menjadi pilihan terakhir apabila terdapat kekurangan serta keperluan strategik dan terdesak di dalam ekonomi. Kerajaan wajar memberikan ruang and peluang yang seluas-luasnya kepada pihak swasta untuk menerajui ekonomi sebagai pemberi perkhidmatan, pengeluar barangan dan penyedia pekerjaan yang berdaya-saing. 

In short, the government has no business to be in business. 

16. Tujuan utamanya ialah untuk kerajaan mengelakkan wujudnya kesan crowding out di dalam pembangunan ekonomi. Kesan crowding out ini boleh berlaku apabila penglibatan kerajaan sebagai shareholder melalui penubuhan GLC terlalu aktif dan meluas di dalam ekonomi. Secara am-nya, pihak swasta berpendapat bahawa GLC akan memperolehi unfair advantage kerana senantiasa di sokong dan di beri keutamaan oleh kerajaan. Berdepan dengan situasi sebegini, pihak swasta tidak akan membuat pelaburan dan tidak akan menceburi bidang ekonomi tersebut kerana terpaksa bersaing dengan GLC terbabit.

17. Oleh yang demikian, kerajaan hanya wajar melibatkan diri sebagai shareholder di dalam sesuatu bidang ekonomi sekiranya pihak swasta tidak memiliki keupayaan dan kepakaran yang di perlukan. Untuk tujuan ini, keputusan kerajaan mestilah berlandaskan beberapa prinsip utama, antaranya: 

 strategik: bidang ekonomi tersebut adalah strategik untuk keselamatan dan kesejahteraan rakyat, seperti – industri pertahanan, tenaga

 industri baru muncul/ emerging industry: bidang ekonomi baru yang memerlukan dana yang besar dan masa yang lama untuk di komersilkan dan beroleh keuntungan, seperti aeroangkasa, bio-teknologi 

18. Seterusnya, penglibatan kerajaan menerusi penubuhan GLC wajib mempunyai mandat yang jelas dan terhad, agar tidak terpesong dari matlamat asal. Pada masa yang sama, kerajaan juga mesti meletakkan sunset clause di dalam mandat GLC, di mana ianya menggariskan tempoh masa/ timeline untuk kerajaan menggundur diri/ exit daripada bidang ekonomi tersebut. 

19. Ini boleh di laksanakan dengan beberapa pilihan, termasuklah menjual kepentingan kerajaan di dalam GLC terbabit kepada pihak swasta yang berkelayakkan. Di Sabah, sudah pasti ramai anak Sabah yang mampu menggalas tanggungjawab untuk mengambil-alih GLC yang di kenal-pasti. Ini bukan sahaja akan mengurangkan penglibatan kerajaan, bahkan akan dapat membina golongan usahawan yang berwibawa. 

20. Semasa ucapan penggulungan Belanjawan Sabah 2024 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Menteri Kewangan Sabah berkata Kerajaan Negeri telah menetapkan bahawa GLC Sabah perlu membayar sekurang-kurangnya dividen sebanyak 10% daripada keuntungan syarikat kepada Kerajaan Sabah. 

21. Bak kata Menteri Kewangan Sabah: Mereka (GLC) di wujudkan untuk menjana wang untuk kerajaan.

22. Sabah Teguh, Rakyat Terbela. 

RELATED ARTICLES
Utama

Graduan diminta kembali sumbang bakti kepada masyarakat – Ellron

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular