HomeIsu tempatanLapan unit kedai bakal dibina di Kg Padas Damit, beri limpahan ekonomi...

Lapan unit kedai bakal dibina di Kg Padas Damit, beri limpahan ekonomi penduduk

Read Time:1 Minute, 18 Second

Beaufort : Kampung Padas Damit di sini bakal dilengkapi dengan lapan unit kedai setingkat yang dibangunkan Perkasa Realty Sdn Bhd (PRSB) dengan nilai kos sebanyak RM3.5 juta.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharam berkata, projek itu dijangka siap dalam tempoh 18 bulan selain akan membawa manfaat ekonomi kepada penduduk setempat.

“Projek ini yang mengandungi lapan unit setingkat kedai dan kemudahan-kemudahan tambahan seperti gerai-gerai dan tapak tamu ini telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri untuk dilaksanakan pada tahun 2024 ini. 

“Pembinaan fizikal akan bermula pada bulan Julai 2024 setelah persediaan teknikal dan perihal pelan pembangunan dimuktamadkan sepenuhnya. Selain itu satu bangunan dewan bercirikan budaya etnik Bisaya juga akan turut dibina,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Usahasama di antara PRSB dengan pemilik tanah tapak cadangan lot kedai Kampung Padas Damit di sini hari ini.

Ruslan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan berkata, apabila siapnya lot kedai berkenaan ianya mampu merealisasikan impian Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang mahu membantu masyarakat khususnya peniaga.

“Selain itu para peniaga dan penduduk juga mampu mendapat limpahan daripada pembangunan kedai ini kerana sudah tentu peluang pekerjaan juga dapat diwujudkan serta menjadi persinggahan orang luar yang datang ke kawasan ini,” katanya.

Dalam pada itu, Ruslan berkata, pihaknya juga akan turut membina lot kedai sama di pekan Weston sebanyak 12 unit dengan kos RM4.5 juta.

“Kita amat berterima kasih kepada Ketua Menteri kerana prihatin kepada kawasan kita yang telah pun memberi peruntukan hampir RM10 juta untuk pembinaan  kedai di dua lokasi ini,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

KTYS buka ruang kerjasama mantapkan kursus ditawarkan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular