HomeUtama11 jenis barangan diwarta SHMMP Tahun Baru Cina 2024 bermula 6 Feb...

11 jenis barangan diwarta SHMMP Tahun Baru Cina 2024 bermula 6 Feb ini

Read Time:1 Minute, 48 Second

PAPAR: Menjelang sambutan Tahun Baru Cina pada 10 Februari 2024 kerajaan akan melaksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Tahun Baru Cina selama sembilan hari yang akan berkuat kuasa bermula 6 Februari hingga 14 Februari 2024.

Sebanyak 11 jenis barangan akan diwartakan bagi pelaksanaan SHMMP Tahun Baru Cina 2024 iaitu seperti udang putih (berat antara 41 ekor hingga 60 ekor sekilogram);
Ikan bawal putih (berat antara 200 gram hingga 400 gram seekor);
Babi hidup;
Daging babi (perut);
Daging babi (daging dan lemak);
Kobis bulat import (Indonesia dan China tidak termasuk Beijing);
Ubi kentang import (China); Bawang putih;
Halia tua import; Lobak putih import; dan
Lobak merah.

SHMMP Tahun Baru Cina 2024 diumumkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri
dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali di Dewan Terbuka, SJK (C) Cheng Hwa di sini, hari ini.

Armizan berkata, untuk 11 jenis barangan yang diwartakan ini, para peniaga perlu meletakkan tanda harga yang berwarna merah jambu (pink) untuk memastikan rakyat mengetahui itu adalah barang-barang yang telah ditetapkan harga maksimum tersebut.

“Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2024 akan dikuatkuasakan melalui Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 dan membolehkan penentuan harga dibuat ke atas peringkat pengeluar, pemborong dan peruncit.

“Manakala Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan melaksanakan pemantauan berterusan untuk memastikan keberadaan bekalan barangan adalah mencukupi.

“Semakan harga boleh dibuat
melalui laman sesawang KPDN di https://www.kpdn.gov.my,” katanya.

Menurutnya, pegawai-pegawai Penguat Kuasa KPDN di seluruh negara akan melaksanakan pemeriksaan dan pemantauan secara berterusan di lokasi-lokasi strategik seperti
di pasar awam, pasar tani dan pusat membeli-belah barangan keperluan perayaan.

“Pendekatan ini membolehkan penguatkuasaan dilaksanakan dengan lebih berkesan dan tindakan segera dapat diambil terhadap aduan pengguna sekiranya berlaku ketidakpatuhan.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana mana peniaga yang gagal mematuhi peraturan-peraturan di bawah skim ini melalui Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan boleh dikenakan penalti,” tegasnya.

Sehubungan dengan itu, beliau berkata, KPDN meminta kerjasama orang ramai untuk memaklumkan sebarang aduan
melalui saluran berikut:
i. WhatsApp iaitu 019-848 8000;
ii. Portal e-Aduan KPDN iaitu http://eaduan.kpdn.gov.my;
iii. Call Centre 1-800-886-800, dan;
iv. Aplikasi Telefon Pintar Ez ADU KPDN.

RELATED ARTICLES
Utama

Hajiji terima kunjungan hormat delegasi US-ASEAN Business Council

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular