HomeIsu tempatan68 premis makanan sertai pertandingan kebersihan, keceriaan MDPTN

68 premis makanan sertai pertandingan kebersihan, keceriaan MDPTN

Read Time:41 Second

Putatan : Sebanyak 68 premis makanan menyertai Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan anjuran Majlis Daerah Putatan (MDPTN).

Pegawai Daerah Putatan, Masawi Salleh berkata pertandingan yang dikelolakan Bahagian Kebersihan dan Keceriaan MDPTN itu melibatkan 30 anggota penilai termasuk daripada Jabatan Kesihatan.

“Penilaian melibatkan pemeriksaan lesen perniagaan, kad kesihatan pekerja restoran, keselamatan, keselesaan ruang makan, keceriaan hiasan landskap, pencahayaan, kebersihan tandas serta dapur.

“Pihak kesihatan juga memeriksa aspek penyimpanan bahan mentah, perangkap sisa minyak masak dan cara pekerja restoran menyediakan makanan untuk pelanggan,” katanya ketika ditemui semasa proses penilaian premis, di sini baru-baru ini.

Masawi turut memaklumkan pertandingan tersebut mendapat reaksi positif daripada penduduk setempat dan juga para pengusaha di daerah berkenaan.

“Ada pemilik restoran yang bersikap kreatif dengan menghias ruang makan berkonsepkan dekorasi hotel dan ini adalah satu daya tarikan kepada pengunjung untuk  menikmati makanan yang disajikan,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Cubaan tangkap ikan guna bahan letupan berjaya digagalkan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular