HomeUtamaKebakaran rumah: Warga emas dan kanak-kanak 4 tahun rentung

Kebakaran rumah: Warga emas dan kanak-kanak 4 tahun rentung

Read Time:49 Second

RANAU: Dua rentung termasuk seorang warga emas wanita dan kanak-kanak perempuan berusia empat tahun terlibat dalam kejadian kebakaran rumah di Kampung Matan di sini, malam tadi.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian kebakaran itu pada jam 10.53 malam tadi (1 Feb).

“Pihak bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau bergegas ke lokasi kejadian mendapati sebuah rumah telah terbakar 100 peratus, pihak bomba bertindak memadam api dengan mengguna dua aliran air dari jentera dan pili bomba berhampiran.

“Bagaimanapun, dalam kejadian kebakaran itu terdapat dua mangsa telah rentung ditemui dalam sebuah bilik rumah tersebut.

“Mangsa rentung seorang warga emas dikenali sebagai Jafflan Sigal, 60, dan seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun dikenali sebagai Carla.

“Kedua-dua mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Operasi terkawal pada jam 11.45 malam dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 12.30 pagi,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

RELATED ARTICLES
Utama

SPRM alu-alukan kerjasama laksanakan program pendidikan antirasuah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular