HomeSukanPerlawanan persahabatan wadah kukuh perpaduan dan silaturahim - Ruslan

Perlawanan persahabatan wadah kukuh perpaduan dan silaturahim – Ruslan

Read Time:1 Minute, 9 Second

Kota Kinabalu : Penganjuran perlawanan persahabatan khususnya sukan bola sepak mampu menjadi ruang dan wadah bagi mengukuhkan perpaduan serta silaturrahim dikalangan pasukan yang terlibat.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharam berkata, perlawanan itu juga mampu membantu para pemain menghilang rasa tekanan khususnya ketika bekerja seharian di pejabat.

“Pada petang ini, kita menyaksikan perlawanan bola sepak persahabatan dintara pasukan RTM dan juga pasukan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) yang mana perlawanan ini dapat menjalinkan hubungan silaturahim dalam kalangan pemain.

“Selain itu, ianya juga dapat mengeratkan lagi ukhuwah dimana selama ini kita hanya dapat bersama-sama dalam program-program Kerajaan dan sebagainya,” katanya ketika ditemui ketika menyempurnakan perlawanan persahabatan antara RTM dan JHEAINS di sini semalam.

Ruslan berkata, penganjuran aktiviti sukan juga dapat memastikan para pemain yang terlibat dapat menjaga kesihatan dengan lebih baik.

“Kita perlu juga menjaga kesihatan mental kita kerana dengan adanya sukan ini, ianya juga adalah salah satu usaha kita untuk menjaga kesihatan yang lebih baik,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, penganjuran aktiviti sukan seumpama itu akan terus dilaksanakan bersama agensi Kerajaan lain pada masa akan datang.

“Kalau kita melihat program seumpama ini, kita perlu anjuran bukan sahaja tahun ini malah selepas ini kitab oleh perluaskan kepada agensi-agensi Kerajaan yang lain.

“Sudah tentu, penglibatan agensi-agensi lain sangat kita alu-alukan untuk sama-sama menjayakan program seperti ini,” katanya.  – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Keputusan Sabah tidak jejas persiapan Sukan SEA 2027: Hannah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular