HomeUtamaWanita dalang utama sindiket tawar Rumah Mesra Rakyat ditahan

Wanita dalang utama sindiket tawar Rumah Mesra Rakyat ditahan

Read Time:1 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah telah menahan seorang wanita yang dipercayai menjadi dalang utama sindiket meminta rasuah dan memperdaya orang ramai membabitkan tawaran rumah bagi skim Program Perumahan Rakyat di Sandakan.

Menurut sumber, tangkapan ke atas suspek wanita berusia sekitar 40-an ini susulan penahanan terhadap dua lelaki berusia sekitar 20 dan 40-an yang juga merupakan anak beranak oleh SPRM Sabah semalam membabitkan kes yang sama.

Katanya, suspek wanita ini dipercayai menjadi dalang utama sindiket ini di mana pemohon yang terpedaya telah memberikan wang sekitar RM10,000 sejak tahun lalu dan membabitkan nilai puluhan ribu ringgit.

“Sindiket ini telah meminta wang rasuah sama ada secara tunai atau pindahan ke akaun bank dan menjanjikan rumah mesra rakyat termasuk insentif seperti perkakasan rumah kepada orang ramai yang berminat.

“Suspek wanita ini telah ditahan di Pejabat SPRM Cawangan Sandakan ketika hadir bagi membantu sisatan kes berkenaan sekitar jam 10.35 malam tadi,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terhadap suspek ketiga ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) ASPRM 2009.

Beliau turut mengingatkan orang ramai yang pernah menjadi mangsa kepada sindiket seperti ini untuk tampil bagi membantu siasatan.

RELATED ARTICLES
Utama

Pelbagai inisiatif pembangunan dilaksanakan melalui Hala Tuju SMJ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular